Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Isnin, 11 Januari 2010

Suami isteri maut

MERSING: Sepasang suami isteri maut apabila Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung sebuah Proton Iswara dalam kemalangan jalan raya yang turut menyebabkan tiga yang lain parah di Kilometer 5, Jalan Felda Gugusan Tenggaroh-Tanjung Leman, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Ahmad Kasim, 57, maut di tempat kejadian, manakala isterinya, Razimah Mohd Yasa, 51, meninggal dunia empat jam kemudian ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Mersing.

Tiga yang parah ialah dua anak pasangan terbabit iaitu Norhayati, 20, dan Norhidayah, 10, serta pemandu Proton Iswara dikenali sebagai Mohd Norzairi Zubahri, 18.

Ketika kejadian, Ahmad yang memandu Perodua Kancil dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Felda Tenggaroh 3 sebaik selesai membuat bayaran ansuran kereta di sebuah bank di bandar Mersing, manakala Proton Iswara itu dari arah bertentangan masuk ke Simpang Felda Tenggaroh.

Difahamkan, sebaik tiba di tempat kejadian, Proton Iswara yang dipandu Mohd Norzairi memasuki laluan sebelah kanan lalu bertembung dengan kenderaan dinaiki empat beranak terbabit.

Akibat rempuhan kuat itu, Ahmad maut di tempat kejadian kerana tersepit di tempat duduk pemandu, manakala isterinya cedera parah di badan dan kepala.

Norhayati mengalami patah tulang pinggul dan tulang paha kiri, manakala Norhidayah patah tangan kanan dan Mohd Norzairi cedera di kepala menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Nor Rasid, berkata polis akan memanggil pemandu Proton Iswara terbabit untuk diambil keterangan sebaik saja dia sembuh daripada menerima rawatan.

Katanya, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, anak kedua Ahmad, Mohd Kamal, 31, berkata bapa dan ibu serta dua adiknya keluar dari rumah mereka di Felda Tenggaroh 3 kira-kira jam 2.30 petang untuk ke Bandar Mersing bagi menjelaskan bayaran ansuran bulanan kereta di sebuah bank.

Katanya, dia tidak mengesan sebarang perubahan tingkah laku ibu bapanya sebelum kejadian, sambil berkata dia bersama tujuh adik-beradik yang lain reda dengan apa yang berlaku dan menyifatkannya ketentuan yang tidak boleh dielakkan.

"Saya reda dengan kejadian itu, tetapi tidak dapat menyembunyikan kesedihan kerana kehilangan dua insan tersayang serentak," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Mersing.

Anak sulong mangsa, Kamanizam, 32, berkata sebelum kejadian dia sempat bergurau dengan ibunya melalui panggilan telefon bimbit pada waktu tengah hari.

"Kini saya terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga menggantikan tempat arwah ayah dan saya berjanji kepada mereka untuk memastikan kebajikan adik-adik lain yang masih bersekolah diberi keutamaan," katanya.


Oleh SAHLINA SAHKIRIN
am@hmetro.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan