Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Khamis, 14 Januari 2010

Kuarters usang

Rumah di Gunung Soga dan Jalan Pasir Tinggi semak

BATU PAHAT: Deretan kuarters kerajaan usang dan terbiar yang terletak di Gunung Soga dan Jalan Pasir Tinggi di sini, bukan saja menyakitkan pandangan warga bandar, malah membahayakan penduduk berhampiran berikutan ada antaranya menunggu masa menyembah bumi selain menjadi sarang binatang berbisa seperti ular.

Malah, apa yang lebih membimbangkan ialah ia boleh menjadi tempat penularan gejala sosial seperti penagihan dadah dan menghidu gam, selain perlakuan maksiat lainnya apabila malam menjelma.

Tinjauan ke kawasan kuarters kerajaan terbiar di Gunung Soga yang terletak berhadapan dengan Kelab Golf Batu Pahat mendapati deretan kuarters berkenaan berada dalam keadaan menyedihkan dan terlalu usang.

Ada unit kuarters di kawasan berkenaan yang ditumbuhi semak-samun dan belukar sehingga mencecah hampir setengah meter dengan pintu dan tingkap yang terkopak, malah ada juga yang sudah tidak berbumbung dan kelihatan seperti rumah hantu daripada pandangan jauh.

Ironinya, deretan kuarters terbiar berkenaan terletak betul-betul berhadapan padang golf Kelab Golf Batu Pahat yang tampil mewah, indah dan terjaga rapi dan kewujudan kuarters berkenaan sudah tentu mencacatkan pemandangan mata yang memandang.

Bagaimanapun, beberapa unit kuarters di belakangnya pula masih berpenghuni dan terjaga rapi menandakan kuarters berkenaan sememangnya diperlukan sebagai kediaman golongan penjawat awam.

Salah seorang kakitangan awam yang tinggal di unit kuarters berkenaan dan enggan dikenali ketika ditemui berkata, unit kuarters berkenaan sebelum ini mempunyai penghuni tetapi kira-kira dua tahun lalu, mereka diarahkan untuk mengosongkannya dan berpindah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan di situ.

"Dulu kawasan di hadapan padang golf berkenaan ingin dibangunkan dengan projek kondominium menyebabkan mereka yang tinggal di situ terpaksa berpindah tetapi sehingga sekarang tiada perkhabaran lagi tentang sama ada projek itu diteruskan atau tidak.

"Akhirnya, kuarters itu jadi macam inilah... buruk sendiri. Kalau projek kondominium itu tidak jadi sepatutnya pihak berkenaan membaik pulih dan membersihkan saja kuarters itu supaya penjawat awam yang memerlukan boleh tinggal di situ kerana setahu saya ada yang terpaksa menyewa rumah lain," katanya.

Perkara yang sama terjadi pada deretan unit kuarters di Jalan Pasir Tinggi di sini yang terletak di tepi jalan utama berhadapan Masjid Daerah menjadikan kejelekan pemandangan di situ dapat dilihat saban hari oleh orang awam yang menggunakan jalan berkenaan.

Tinjauan yang dilakukan di kawasan berkenaan pula mendapati ada unit kuarters sudah dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab dengan dinding papannya dicabut sesuka hati selain pintu besi dan kotak suis utama pula sudah dicuri.

Sehubungan itu, pekerja Telekom, Mohd Nasir Ahmad, 53, yang masih menetap di hadapan deretan kuarters terbiar di situ ketika ditemui berkata, sudah hampir setahun kuarters berkenaan tidak berpenghuni.

"Saya pun tidak tahu kenapa tiada penjawat awam yang mahu menetap di situ dan tiada pula berita mengatakan ia akan dibangunkan seperti kawasan kuarters di Gunung Soga di depan sana.

"Setahun lalu, kuarters di sini masih elok dan sesuai untuk diduduki tetapi sekarang ia sudah tidak terjaga,” katanya.


Oleh Mohamed Farid Noh /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan