Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 13 Januari 2010

APMM tahan dua kapal, tiga bot tunda

JOHOR BAHRU 12 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya menahan dua buah kapal dan tiga bot tunda atas pelbagai kesalahan maritim termasuk memindahkan minyak secara haram di perairan Pengerang, Kota Tinggi.

Kesalahan tersebut dikesan oleh agensi itu di kedudukan kira-kira 16 kilometer (tiga batu nautika) selatan Tanjung Setapa dalam masa kurang empat jam iaitu pada pukul 5 petang sehingga 8.30 malam.

Pengarah Operasinya, Kapten Maritim Mohd. Zubil Mat Som berkata, dua kapal yang berdaftar di luar negara itu ditahan kerana melakukan pemindahan sebanyak 199,907 liter minyak secara haram.

Beliau memberitahu, kapal ditahan itu adalah MV Marine Force yang berdaftar di Tarawa, Kiribati dan MV Ayu Permata di Indonesia.

"Pemeriksaan mendapati kapal MV Marine Force telah memindahkan minyak jenis 'marine fuel oil' (MFO) ke MV Ayu Permata.

"Kedua-dua kapal itu didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk melakukan aktiviti tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Zubil berkata, APMM turut menahan tiga bot tunda secara berasingan dalam lingkungan lokasi sama kerana berlabuh tanpa kebenaran serta gagal membayar dius api dan cukai pelabuhan.

Katanya, bot Tri Mukti 33, yang berdaftar di Indonesia manakala Pacific 1 serta Atlantic 8, kedua-duanya didaftarkan di negara ini, ditahan antara pukul 5 petang dan 8.30 malam.

Beliau berkata, APMM turut menahan 64 krew kapal dan bot itu bagi membantu siasatan.

"Krew yang ditahan berusia antara 26 dan 60 tahun itu terdiri daripada warga Indonesia seramai 47 orang, Malaysia (10) dan Myanmar (lapan)," katanya.

Menurut Mohd. Zubil, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952. /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan