Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 13 Januari 2010

Cuba perkosa lepas menyamun

JOHOR BAHRU: Seorang wanita bukan saja kehilangan wang lebih RM1,000 dan menerima tumbukan di muka, malah hampir dirogol selepas disamun dua lelaki ketika masuk dalam keretanya di kawasan parkir sebuah hotel di sini, Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa didatangi dua lelaki secara tiba-tiba sebelum ditumbuk di muka dan disumbat dalam kenderaan miliknya.

Wanita berusia 30 tahun itu diikat kaki dan tangan selain mulut dan matanya ditutup.

Seorang daripada suspek menggeledah beg tangan mangsa dan merampas kad juruwang automatik (ATM) serta memaksa wanita terbabit mendedahkan nombor pin kad berkenaan.

Namun, kebodohan suspek menjerat diri apabila wajahnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika dia membuat pengeluaran wang melalui sebuah mesin ATM di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata suspek langsung tidak menyedari wajahnya dirakam, malah sempat melepaskan nafsu terhadap mangsa dengan cuba merogol wanita berkenaan bergilir-gilir dalam kereta.

"Tindakan suspek dipercayai didorong rasa tidak puas hati terhadap mangsa kerana wang diperoleh terlalu sedikit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini, semalam.

Menurutnya, cubaan merogol mangsa berlaku separuh jalan sebelum wanita berkenaan ditinggalkan dalam keadaan masih diikat di Taman Century.

"Justeru, kami meminta kerjasama orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat berkaitan menghubungi talian hotline 07-2212999 atau tampil ke balai kes berhampiran," katanya.

Harian Metro /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan