Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Isnin, 11 Januari 2010

Karnival beri maklumat

JOHOR BAHRU: Karnival Pengajian Tinggi Negara ‘Jom Masuk U’ bukan saja memberi manfaat kepada pelajar sekolah menengah yang sedang mencari hala tuju dalam memilih bidang yang sesuai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, malah turut memberi pendedahan kepada ibu bapa.

Berperanan sebagai pusat sehenti mendapatkan maklumat pendidikan tinggi, akreditasi serta pembiayaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf itu, pelajar dan ibu bapa menerima gambaran yang lebih tepat berhubung sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan kursus yang ditawarkan.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bentara Luar, Batu Pahat, Nur Ernanida Abdul Razak, 17, berkata dia mendapat banyak maklumat berhubung bidang pelancongan yang ditawarkan IPT di negara ini dengan mengunjungi karnival berkenaan.

Katanya, sebagai pelajar yang bakal menduduki SPM, maklumat yang diperoleh di karnival seperti itu dapat membuka minda dan menetapkan hala tuju dalam mendapatkan keputusan yang baik bagi melayakkannya mengikuti bidang pengajian yang dipilih itu.

“Penerangan dan maklumat yang diberi oleh pihak IPT yang menawarkan kursus berkenaan sungguh jelas dan saya kini sudah mendapat gambaran lebih jelas, hanya tinggal untuk berusaha mendapatkan keputusan yang diperlukan bagi melayakkan saya mengikuti kursus yang ditawarkan,” katanya.

Rakannya, Amirul Mustafa, 17, berkata dia kini sudah tahu universiti yang menawarkan bidang sains sukan yang diminatinya ketika mengunjungi karnival dua hari itu.


Kini saya tahu bahawa bidang kursus sains sukan itu ada ditawarkan di Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa lagi universiti lain.

“Malah hari ini juga saya diberi penerangan berhubung kelayakan akademik yang diperlukan untuk membolehkan saya mengikuti pengajian di dalam bidang berkenaan selepas tamat SPM,” katanya.

Sementara itu, seorang bapa, Mazlan Ilias, 45, dari Taman Perling di sini, mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk membawa anak sulungnya yang menunggu keputusan SPM mengunjungi karnival itu bagi meninjau IPT yang sesuai untuk melanjutkan pengajian.

“Karnival ini bukan saja bagus untuk pelajar, ia juga patut dikunjungi oleh ibu bapa kerana kita boleh mendapat gambaran yang lebih jelas berhubung satu-satu bidang yang diminati oleh anak masing-masing.

“Ini kerana kita diberikan penjelasan yang lebih jelas berhubung syarat kelayakan akademik serta syarat sampingan lain diperlukan bagi seseorang pelajar itu mengikuti kursus yang ditawarkan mereka,” katanya.

Karnival untuk 2010 bagi Zon 1 itu dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, selaku wakil rasmi Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin, di Persada Johor di sini, semalam. Sebanyak 100 gerai yang terdiri daripada IPTA, IPTS, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sektor swasta dan badan yang terbabit secara langsung dengan IPT dibuka untuk kunjungan orang ramai pada karnival yang mensasarkan seramai 150,000 pengunjung itu.


Oleh RUDY FAZRUNISYAM SAMARUDIN
rudy@hmetro.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan