Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Isnin, 11 Januari 2010

Dataran MBJB bakal jadi tumpuan

JOHOR BAHRU 10 Jan. - Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dijangka kembali menjadi tumpuan ramai apabila pelbagai aktiviti menarik dijadual diadakan di lokasi berkenaan.

Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd. Jaffar Awang berkata, Dataran MBJB yang merupakan salah satu ikon bandar raya ini dan tersergam megah di Padang Sri Gelam akan turut diperindahkan.

Beliau berkata, selain itu, MBJB juga akan terus mempromosikan dataran seluas 5.6 hektar tersebut yang mempunyai ciri-ciri unik dan klasik serta sinonim dengan masyarakat setempat.

''Bagi menampakkan dataran ini lebih indah, beberapa perubahan dari segi landskap akan dilakukan sepanjang tempoh empat bulan ini. Pelbagai pokok bunga berwarna-warni akan ditanam di sekitar kawasan berkenaan," katanya.

Beliau ditemui pada Program Gotong-Royong Perdana 2010 sempena sambutan Hari Perisytiharan Bandaraya Ke-16 hari ini.

Sempena program tersebut, lebih 1,000 kakitangan MBJB dari pelbagai sektor menyertai senaman J-Robik bermula pukul 7 pagi sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.

Mohd. Jaffar berkata, program yang diadakan merangkumi kerja-kerja menaik taraf kawasan seperti penjenamaan semula landskap, kerja-kerja mengecat, pembersihan dataran dan kawasan sekeliling.

"Kita mahu Dataran MBJB ini menjadi lambang kepada bandar raya Johor Bahru. Contohnya, dulu kalau sebut Masjid Sultan Abu Bakar, orang tahu itu Johor.

"Melalui penjenamaan semula, kita mahu dataran bandar raya ini menjadi tumpuan keluarga beriadah atau pelbagai pihak menganjurkan aktiviti perjumpaan atau pesta," katanya.

Beliau turut mempelawa orang ramai menyertai senaman J-Robik anjuran MBJB pada setiap Ahad mulai pukul 7.30 pagi.

Utusan Malaysia /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan