Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 15 Februari 2012

kadang-kadang Stress Dengan Kerja




Sebenarnya kerja bukan masalah malah memberikan rezeki untuk kita meneruskan kehidupan, dan wajib bersyukur dengan kerja yang telah diberikan, kerana itu aku berkerja tidak berkira, kerja lebih masa tanpa membuat tuntutan, membeli peralatan stationery pejabat menggunakan duit sendiri, pencuci tandas pun beli sendiri kerana nak selesa walaupun di tandas. Tak pernah aku kisah apa yang penting aku bersyukur kerana Allah memberikan aku rezeki untuk bekerja seterusnya menampung keperluan keluarga.


Tapi kadang-kala keadaan di sekeliling, terutamanya manusia didalam organisasi itu, membuatkan aku rasa memberontak. Sikap tidak bertanggungjawab orang lain menyebabkan aku rasa sedihnya.



Timbul pelbagai persoalan, kenapa mesti macam ni, kenapa mesti bersikap begini, kenapa perangai macam ni, kenapa tak de apa-apa tindakan, kenapa membiarkan keadaan berlarutan tanpa sebarang amaran, kenapa ek!!!!!.



Sebenarnya aku suka dengan kerja aku, tetapi sikap orang yang bersikap mementingkan diri dan mengambil kesempatan dan ada kepentingan, buat aku rasa bosan betul nak mengadap muka manusia sebegitu, tapi apa kan daya, kalau boleh aku tukar sesuka hati aku, da lama aku lakukan.

Ya Allah!!!! berikanlah aku kekuatan, jauhkan aku dari keburukan, terangkan aku dengan jalanmu yang benar, dan tunjukkanlah kebenaran dengan kuasa Mu agar keburukan tidak menjadi kebusukan yang boleh mencalarkan imej Jabatan, I now and i love my job. Amin!!!!!!



/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan