Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Selasa, 22 Disember 2009

Ubah strategi jual ubat seks

Selasa, 22 Disember 2009

JOHOR BAHRU: Tidak mahu mengalah dengan tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa, sindiket ‘doktor kaki lima’ kini dikesan menjalankan operasi menjual produk perangsang seks secara pindah-randah dan tidak lagi tertumpu di kawasan kebiasaannya.

Malah, mereka juga dikatakan mempunyai anggota yang ditugaskan khusus untuk memerhatikan keadaan sekeliling terutama mengesan kelibat orang yang disyaki kakitangan penguat kuasa Jabatan Kesihatan.

Ketua Penolong Pengarah (Kuatkuasa Farmasi) Jabatan Kesihatan Johor, Sha’ari Abd Rahman, berkata sindiket penjual ubat berkenaan mengubah strategi jualan dengan menemui pelanggan di kawasan berbeza berbanding bertumpu di Jalan Wong Ah Fook, di sini seperti sebelumnya.

Menurutnya, kewujudan sindiket berkenaan disedari kumpulan penguat kuasa unit farmasi ketika menjalankan pemantauan di sekitar kawasan tumpuan ramai, baru-baru ini.

Beliau berkata, lebih mengejutkan apabila penjual ubat berkenaan juga licik merancang pergerakan mereka dari sesuatu lokasi ke lokasi lain dengan bantuan pemberi maklumat.

“Konco-konco mereka bertindak pantas termasuk melaporkan pada penjual ubat haram itu sekiranya menyedari kehadiran penguat kuasa yang menjalankan operasi di sekitar bandar raya.

“Ia memudahkan penjual ubat berkenaan untuk berpindah ke lokasi lain atau menghentikan operasi mereka seketika pada setiap satu jam bagi mengelakkan kegiatan berkenaan dihidu pihak berkuasa,” katanya di Majlis Dialog Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor bersama pengamal media di Menara MSC Cyberport, semalam.

Tanpa memberikan sebarang statistik, Sha’ari berkata, operasi berterusan berjaya menahan beberapa penjual ubat dan mereka sudah didakwa di mahkamah mengikut Akta Ubat 1956.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihati supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai jaminan mengenai keberkesanan sesuatu produk yang dijual kerana kemungkinan ia dicemari racun dan memudaratkan kesihatan.

“Pengguna seharusnya mengenali ubat yang digunakan dengan memastikan ianya sudah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Sha’ari menggesa media tempatan supaya lebih peka terhadap garis panduan penyiaran mengikut Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 bagi memastikan maklumat mengenai perubatan mahupun produk yang dipaparkan tidak mengelirukan pengguna mahupun palsu.


Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan