Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Selasa, 22 Disember 2009

Bagai ‘patung ujian’

MUAR: Akibat bertembung dengan sebuah kereta dipandu laju, sepasang suami isteri melambung ke udara seperti ‘patung ujian’ dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Muar-Yong Peng berhampiran Bukit Naning dekat sini kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan Ahmad Hamdan, 68, seorang pesara polis dan isterinya seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sumiyanti, 48, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badannya.

Difahamkan, Sumiyanti yang membonceng motosikal suaminya terpelanting sejauh kira-kira lima meter ke atas tebing di tepi jalan berkenaan akibat rempuhan kuat itu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awan dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad, berkata motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan sebuah Toyota Camry yang memasuki laluan bertentangan dari Parit Sulong.

Katanya, kereta terbabit bertembung dengan motosikal Modenas Kriss milik mangsa menyebabkan penunggang dan pembonceng melambung ke udara, manakala mayat Sumiyanti tercampak ke atas tebing yang memisahkan jalan raya dan ladang sawit.

“Susulan kejadian itu, polis menahan pemandu kereta berusia 28 tahun untuk siasatan lanjut kes itu yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ada maklumat diminta hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Rahman Remi di talian 06-9526222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu jiran mangsa, Paiman Abdullah, 60, berkata kemalangan itu berlaku ketika Ahmad dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 15, Bukit Naning selepas membeli barang keperluan di Bakri dan mengunjungi keluarganya yang tinggal berhampiran pekan itu.

Katanya, dia mengetahui kemalangan yang menimpa jirannya itu selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

“Saya dimaklumkan jiran saya itu kemalangan menyebabkan saya terus ke tempat kejadian sebelum mendapati dia bersama isterinya sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, arwah mendirikan rumah tangga dengan isterinya kira-kira dua tahun lalu selepas isteri pertamanya meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu, manakala lima anaknya sudah berkeluarga dan tinggal di luar Johor.

Paiman berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah ialah ketika mereka bersama-sama membantu membuat persiapan majlis perkahwinan di rumah salah seorang penduduk kampung, tetapi arwah dikatakan pulang lebih awal pada hari berkenaan.

“Arwah pulang lebih awal dari tempat kenduri itu dan ketika saya pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari saya mendapati pintu rumahnya berkunci.

“Pada mulanya saya beranggapan dia bersama isteri pergi ke Bakri kerana kebiasaannya hampir setiap petang dia akan ke Bakri melawat keluarga atau membeli barang keperluan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Oleh Junita Mat Rasid
am@hmetro.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan