Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 23 Disember 2009

3 jam terperangkap dalam lumpur


SAKIT ...anggota bomba berusaha mengeluarkan Ramachandran yang tersepit
MUAR: Seorang pemandu lori membawa muatan tong gas terpaksa bertarung nyawa hampir tiga jam apabila terperangkap dalam lumpur selepas kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sejurus bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Muar-Pagoh berhampiran Kawasan Perindustrian Pagoh di sini, semalam.

Nyawa N Ramachandran 40-an, ternyata masih panjang walaupun terpaksa menahan kesakitan apabila kakinya tersepit di tempat duduk pemandu lori berkenaan sebelum dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Muar menuju ke Johor Bahru, bertembung dengan sebuah Proton Iswara dari arah bertentangan.

Akibat kejadian itu, lori yang sarat muatan tong gas itu terjunam ke gaung sedalam 20 meter menyebabkan separuh daripada badan Ramachandran terbenam dalam lumpur kerana kakinya tersepit.

Kelindannya, K Kesavan, 23, berjaya merangkak keluar selepas terperangkap dalam lumpur hingga ke paras pinggang selepas sejam setengah cuba keluar.

Katanya, apabila berjaya keluar, dia terpaksa merangkak ke tebing dengan bantuan orang awam tanpa mengalami kecederaan.

“Saya tidak mampu menarik Ramachandran keluar sehinggalah dia dibantu anggota bomba tiga jam kemudian,” katanya.

Kesavan berkata, dia bersama Ramachandran dalam perjalanan dari Muar ke pejabatnya di Johor Bahru selepas selesai mengagihkan tong gas memasak dengan membawa pulang tong gas kosong.

Katanya, tiba di selekoh itu, dia nampak sebuah Proton Iswara dari arah bertentangan memasuki lorong laluannya menyebabkan Ramachandran cuba mengelak sebelum merempuh kereta itu dan lori yang dinaiki menjunam ke dalam gaung.

“Kami cuba mengelak daripada bertembung dengan kereta itu tetapi gagal menyebabkan lori terbabas ke kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

“Saya turut ditenggelami lumpur sehingga paras pinggang, tetapi sempat merangkak keluar melalui pintu lori yang terbuka akibat rempuhan kuat itu,” katanya.

Pemandu kereta yang hanya dikenali sebagai Man, pengusaha bengkel motosikal, patah kaki dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, Ramachandran yang cedera parah berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital sama sejurus dikeluarkan.
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan