Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Khamis, 3 Disember 2009

Tertakluk Kemampuan Kewangan

NAJIB Tun Razak bertanya sesuatu mengenai model helikopter Eurocopter kepada Naib Presiden Korporat EADS International Development Asia Pacific and Latin America, Christian Duhain (dua, kanan) ketika melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA'09) di Langkawi, semalam. Turut sama Naib Presiden Eksekutif Kanan Eurocopter, Philippe Harache (kanan). – BERNAMA

LANGKAWI 2 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melihat kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli aset baru bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara termasuk helikopter bagi menggantikan perkhidmatan Nuri.

Menurutnya, kerajaan menerima senarai yang panjang dari Kementerian Pertahanan bagi membeli pelbagai peralatan ketenteraan untuk ketiga-tiga cabang perkhidmatannya termasuk kenderaan baru dan generasi kedua kapal peronda.

Namun katanya, kerajaan akan terus melihat pembelian aset baru itu selaras dengan pembangunan seimbang antara sektor pertahanan dan sosioekonomi.

“Kita akan lakukan apa yang boleh kerana kita percaya pembangunan progresif terhadap keupayaan pertahanan adalah penting untuk pembangunan negara dan kita tidak boleh membiarkan kemampuan pertahanan negara terhakis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan kontrak perbekalan kerajaan dengan syarikat-syarikat dalam industri pertahanan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Mengenai pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri, katanya, ia adalah helikopter tempur dan menyelamat yang terbaik di dalam kelasnya.

“Tidak ada keraguan bagi Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhadap pesawat tersebut dan kerajaan juga berpuas hati dengan rancangan pembelian tersebut,” ujarnya.

Malah katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga telah memperakukan tentang proses pembelian helikopter itu yang tidak boleh dipersoalkan integritinya.

Cuma faktor kemampuan kewangan kerajaan pada masa ini katanya, yang menyebabkan keputusan itu belum dapat dibuat.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap semua pihak tidak terpengaruh dengan kontroversi pembelian helikopter tersebut sebelum ini yang sengaja dimainkan oleh parti pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

Pada September tahun lalu, Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk mendapatkan 12 helikopter Eurocopter EC 725 bernilai RM1.6 bilion bagi menggantikan Nuri.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya menangguhkan pembelian selepas pemilihan EC 725 menimbulkan kontroversi disebabkan dakwaan oleh pembangkang dan para pembida lain bahawa Kementerian Pertahanan tidak membuat pemilihan secara telus.

Mengenai keutamaan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara, Najib berkata, ia bergantung terhadap kemampuan kerajaan kerana senarai pembelian daripada Kementerian Pertahanan terlalu banyak selain program vendor yang perlu diberi perhatian.

Menurut Perdana Menteri, terdapat kira-kira 2,000 syarikat yang terlibat dalam program vendor pembinaan kapal peronda dan mereka memerlukan kerja-kerja tambahan untuk meneruskan kelangsungan.

Oleh NIZAM HAMID dan MOHAMAD SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
Akhbar utusan Malaysia /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan