Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 16 Jun 2010

Sudah 7 tahun rupanya

Sekarang di PMR Muar

Diam-diam sudah mencecah 7 tahun aku bekerja sebagai penjawat awam khususnya di Jabatan Penerangan. Alhamdulillah ada juga angan-angan telah jadi kenyataan, siapa sangka Allah memberikan lebih awal dari yang aku jangkakan.
Syukur tak terhigga kerana aku adalah salah seorang penjawat awam dari jutaan yang bekerja, dan aku telah berjanji, kerja aku bukan untuk menerima gaji pada 25hb pada setiap bulan sahaja malah aku telah menanam niat, dimana aku bekerja akan aku lalukan kerjaku sebaik mungkin, dan aku ingin apabila aku telah tiada, sama ada bertukar atau Allah memberikan rezeki untuk aku naik pangkat, mereka yang masih ditempat lama merasa akan kehilangan aku.
Sekarang ini aku bertugas di PMR Muar, sebelum ini aku di Pejabat Penerangan Daerah Muar, dan sebelum aku balik ke Muar tempat pertama aku bekerja adalah di Ibu Pejabat Penerangan Negeri Johor.
Aku bertukar di PMR Muar juga bukan kerja yang suka-suka malah akan aku buktikan pejabat ini menjadi lebih baik dari yang dulu dan lebih menarik. Memberikan perkhidmatan kaunter sebaik mungkin dan dari masa ke semasa akan aku war-warkan perkhidmatan yang ada di PMR ini kepada orang ramai. Bukan untuk berbangga tetapi aku disini telah menarik beberapa pengunjung menjadi penggunjung tetap PMR malah hubungan dengan pengunjung juga mesra.
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan