Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Khamis, 7 Januari 2010

'Jangan lupa ambil anak'

MERSING: “Jangan lupa ambil anak, saya lambat balik” Itulah pesanan terakhir pemandu lori, Rosli Saleh, 37, kepada isterinya, Norziliynda Radzali, 30, yang akhirnya langsung tidak pulang ke rumah mereka di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, selepas terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 36 Jalan Mersing-Kota Tinggi, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.35 pagi itu, lori membawa muatan udang harimau dipandu Rosli terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan sebelum menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menghala ke bandar ini dipandu Ng Che Lian, 44.

Akibat kejadian ngeri itu, Rosli, Ng dan kelindan lori, Mohd Affandi Mohd Yusof, 26, terkorban. Ng dan Rosli dikatakan tersepit di tempat duduk pemandu, manakala Mohd Affandi tercampak ke bahu jalan.

Norziliynda berkata, suaminya keluar dari rumah mereka di Taman Kota Jaya kira-kira jam 3 petang kelmarin, bersama rakannya untuk mengangkut udang harimau yang hendak dibawa ke Johor Bahru.

“Saya tidak sangka itu pesan terakhirnya kepada saya. Rupa-rupanya dia akan meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Mersing, pagi semalam.

Beliau yang baru saja melahirkan anak lelaki dua bulan lalu, mempunyai dua lagi cahaya mata berusia 2 dan 5 tahun.

Reda dengan kejadian yang menimpa suaminya itu, Norziliynda berkata, pemergian Rosli bakal memberi cabaran getir baginya untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil.

Norziliynda berkata, suaminya seorang yang sangat rajin bekerja bagi menjamin kebahagiaan keluarga.

“Kehilangannya sangat dirasai tambahan pula dia seorang mencari rezeki untuk kami sekeluarga,” katanya.

Bapa Rosli, Saleh Mian, 59, berkata anak sulung daripada lima beradik itu menunjukkan sikap yang agak luar biasa apabila kali terakhir bertemunya seminggu lalu.

Menurutnya, ketika pulang ke kampungnya di Layang-layang, Kluang minggu lalu, dia mendapati anaknya agak pendiam kerana kebiasaannya dia seorang yang banyak bercakap.

“Saya tidak menyangka tingkah laku berbeza Rosli kali terakhir bertemu minggu lalu membawa petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di perkarangan IbuPejabat Polis Daerah Mersing, semalam.

Saleh berkata, dia akan bersama-sama menantunya menjaga anak-anak yang ditinggalkan Allahyarham.

Sementara itu, abang angkat Mohd Affandi, Mohd Zul Hafizan Mat Zain, 30, berkata mangsa yang sudah kematian ibu bapa berasal dari Tumpat, Kelantan, masih bujang dan tinggal bersamanya sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, sebelum mangsa meninggalkan rumah mereka di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, pada sebelah pagi, dia mendapati mangsa termenung di atas katil.

Sementara itu, anak sulung Ng Che Lian, Ng Ji Xiang, 15, berkata dia sekeluarga terkejut apabila menerima panggilan telefon mengenai kemalangan yang menimpa bapanya itu.


Oleh Sahlina Sahkirin
am@hmetro.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan