Ssebahagian daripada peserta yang menyertai Program Warga Emas Dihormati Anak-Anak Disayangi di Kota Tinggi, baru-baru ini.
KOTA TINGGI 10 Jan. - Seramai 110 orang pelbagai peringkat usia menyertai Program Warga Emas Dihormati Anak-Anak Disayangi di Dewan Warisan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi, di sini baru-baru ini.
Program anjuran Jawatankuasa Kanak-Kanak Daerah (JKKD) dan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) Daerah Kota Tinggi serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu dihadiri 50 warga emas dan 60 kanak-kanak dan remaja berusia tujuh hingga 18 tahun.
Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba dan turut dihadiri Pegawai JKM Daerah Kota Tinggi, Sabariah Salim.
Pengerusi JKKD dan PPKK Daerah Kota Tinggi, Mohd. Fadzlah Ahmad berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman mengenai pengurusan tekanan dalam organisasi keluarga dan aspek interaktif.
Menurutnya, antara pengisian program itu adalah ceramah pakar motivasi dan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada orang ramai.
"Program itu diadakan untuk saling memahami, memberi dan menerima nasihat, kehendak dan keperluan golongan warga emas dan generasi muda.
"Selain mempelajari kemahiran komunikasi, ia juga menanam sifat hormat menghormati dan saling sayang-menyayangi antara warga emas dan golongan muda," katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau berkata, pihaknya berharap program itu sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat mewujudkan suasana harmoni dalam institusi keluarga dan sekali gus mengatasi konflik hubungan antara warga emas dan generasi muda yang kini sering menjadi isu dalam masyarakat.
"Banyak contoh atau kisah yang dipamerkan golongan tua sudah tidak dihormati oleh generasi muda dan begitu juga sebaliknya.
"Jika langkah-langkah positif tidak diambil bagi membendungnya, ada kemungkinan masalah ini menjadi masalah sosial yang lebih berat dan mempengaruhi keharmonian kita," katanya.
Sementara itu, Adham menggesa ibu bapa supaya mengasuh anak-anak dengan baik dalam melahirkan generasi muda berakhlak mulia.
"Justeru, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk memahami perasaan dan keperluan anak-anak selain sentiasa peka dan prihatin terhadap pergaulan mereka di luar," katanya. /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan