Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Jumaat, 8 Januari 2010

Si tua kaki ekor ‘pengsan’

KLUANG: Sudahlah berjudi, menipu pula. Begitulah gelagat tahi judi berusia 72 tahun yang berlakon sakit jantung dan pura-pura pengsan di dalam premis nombor ekor di bandar ini, petang kelmarin bagi mengelakkan ditangkap penguat kuasa agama.

Bagaimanapun, lakonan orang tua tidak sedar diri itu gagal selepas taktik basi itu gagal memperdayakan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) yang membuat serbuan ke premis judi nombor ekor di bandar ini dan Simpang Renggam.

Ketika serbuan itu, lelaki tua terbabit yang terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa dipercayai panik dan cuba berhelah dengan berpura-pura mengusap dadanya dan pengsan.

Malang nasib lelaki tua itu apabila anggota penguat kuasa JAJ bukan saja tidak melepaskan tangannya yang dipegang erat, malah turut menasihatkannya supaya berhenti berlakon dan membuka mata bagi memudahkan kerja mereka.

Akhirnya, suspek mengalah dan menyerah diri sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut oleh anggota penguat kuasa JAJ yang sudah biasa berdepan dengan taktik dan helah orang Islam yang ditahan dalam operasi membanteras perjudian di daerah ini.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan Unit Operasi JAJ, Adam Ibrahim, berkata operasi mencegah maksiat bersama 27 anggota penguat kuasa JAJ serta empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara di sekitar bandar ini dan Simpang Renggam selama dua jam bermula 5petang kelmarin, menahan 10 umat Islam.

Menurutnya, lelaki berusia antara 26 hingga 72 tahun itu dicekup anggota penguat kuasa JAJ dibawa ke balai polis untuk merekodkan butiran diri masing-masing, sebelum dibebaskan. Beliau berkata, kaki nombor ekor dikesan sering menggunakan pelbagai helah atau alasan, bagi mengelak dicekup pihaknya. “Kaki judi empat nombor ekor dikesan sering menggunakan pelbagai helah atau alasan untuk mengelak dicekup, ketika kami mengadakan operasi mencegah maksiat seperti ini. “Malah, ada di antara mereka memberikan pelbagai alasan serta bertindak agresif, untuk mendapat simpati atau menakutkan anggota penguat kuasa JAJ daripada memberkas mereka. “Apa pun, anggota kami yang berpengalaman berdepan situasi seperti itu, tidak mudah terpedaya dengan pelbagai alasan atau taktik digunakan tahi judi empat nombor ekor terbabit,” katanya. Adam berkata, tindakan segelintir kaki empat nombor ekor mencabar anggota penguat kuasa, adalah perkara biasa dan kakitangan JAJ sentiasa tenang menghadapi golongan berkenaan.


Oleh Mustapha Ismail
am@hmetro.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan