PUTRAJAYA 13 Jan. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula empat aspek utama dalam usaha mengelak berulangnya kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, aspek-aspek itu melibatkan prosedur kemasukan, mekanisme pemantauan dan penyediaan sistem maklumat, strategi penguatkuasaan serta semakan perundangan.
“Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Penambahbaikan Pengurusan dan Pemantauan Warga Asing (JIPP Warga Asing) yang diadakan semalam.
“Susulan dari keputusan itu, sebuah Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan untuk meneliti setiap aspek yang telah digariskan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat JIPP Warga Asing itu adalah semakan semula semua prosedur kemasukan warga asing ke negara ini sama ada melalui visa, pas dan permit.
Beliau berkata, walaupun kemasukan warga asing akan membawa manfaat kepada ekonomi negara tetapi perlu ada mekanisme untuk memastikan ia tidak disalahgunakan kerana ia melibatkan isu keselamatan negara.
“Kita memandang serius kes salah guna visa di kalangan warganegara India seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
“Untuk itu, kita sedang menilai beberapa pendekatan seperti mengkaji semula kemudahan transit tanpa visa, memperketatkan pemeriksaan masuk, meningkatkan ciri-ciri keselamatan pengeluaran visa, mengurangkan tempoh sah visa tanpa rujukan,” katanya.
Selain itu, Hishammuddin berkata, pihaknya akan menambah baik dan memantapkan aspek penguatkuasaan melalui pembentukan strategi dan pendekatan yang akan mengambil kira kaedah terkini pergerakan masuk dan keluar serta mobiliti PATI dalam negara.
Katanya, ia juga akan melibatkan pemantauan pergerakan warga asing apabila sesuatu visa, pas atau permit yang dikeluarkan kepada mereka telah tamat tempoh sah laku.
Menurutnya, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula program pemutihan, yang membenarkan pekerja asing haram didaftarkan secara sah, dalam masa terdekat.
Katanya, kementerian mendapati sebahagian pekerja asing yang tamat tempoh permit kerja masih berada dalam negara kerana dipengaruhi khabar angin bahawa kerajaan akan melaksanakan program itu.
“Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan tidak ada perancangan untuk melaksanakan semula program itu di Semenanjung Malaysia kecuali di Sabah yang telah pun tamat pada 31 Oktober 2009 dan Sarawak yang masih dalam peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri.
“Para pekerja asing yang terlibat dinasihatkan agar dengan segera meninggalkan negara ini,” katanya.
Hishammuddin berkata, mereka yang telah tamat permit kerja untuk tempoh tertentu boleh memohon untuk menyertai program penghantaran pulang secara sukarela yang akan dibiayai sendiri dengan bayaran kompaun minimum.
Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
/* CSS Social Media */
#sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;}
.nengah{text-align:center!important}
.smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px}
.facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4}
.facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"}
.facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1}
.twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4}
.twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"}
.googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4}
.googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"}
.linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4}
.linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"}
.pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4}
.pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"}
.rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4}
.rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...