Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Jumaat, 16 November 2012

Program Khidmat Komuniti 1Malaysia Mukim Grisek bersama PLKN Sri Ledang



Program ini telah diadakan pada 10 November 2012 yang lalu. Gotong royong ini telah diadakan di 4 lokasi dalam mukim Grisek. Selepas selesai program gotong-royong, pelatih dan jurulatih bersukaneka pula di perkarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambir, mereka memang cukup happy

Majlis Penutup telah diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, jam 12.00 tengahari. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Encik M. Asojan a/l Muniyandy, ADUN Kawasan Gambir yang juga EXCO Kerajaan Negeri Johor . 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kerjasama oleh Encik Ishak Bin Abu Bakar, Penghulu Mukim Grisek serta ketua-ketua Kampung dalam Mukim  Grisek. Y.B. juga seronok dengan program yang diadakan ini, dan memberikan sumbangan berbentuk hamper bagi acara sukanneka, manakala Ahli Parlimen Ledang juga memberikan sumbangan kepada jamuan orang ramai (lom di terima sehingga hari ini). 

Pada aku inilah program yang telah berjaya diadakan dengan sesempurnanya, walaupun aku sendiri. Sebenarnya disebalik program yang sederhana ini, aku cukup rasa gemuruh kerana bimbang jika gagal, peralatan gotong-royong diserahkan kepada ketua kampung, begitu juga dengan lokasi, jamuan diserahkan kepada katering juga ketua kampung, merangkap Pengerusi K1M Sengkang Batu 18-19.

Program ini juga cukup mencabar fizikal dan mental, mana tidaknya dari buat surat, sign, copy,   fax, hantar surat, hadir mesyuarat, surat jemputan & mohon peruntukan, tempah backdrop (dulukan duit sendiri tu!!! ), buat buku program (skrip sekali), teks ucapan Y.B., menyelaras, juruacara dan photography sekali, sebab tu gambar tak banyak, macam mane nak ambil gambar, nak bercakap lagi

Pergi pun aku naik motor dengan backdrop sekali naik motor hehe  , eeemmmm bukan merempet, da itu je kenderaan yang aku ada. Backdrop ni pulak JAV Kota Tinggi yang tolong pasangkan, Alhamdulillah syukur tersangat2 syukur semuanya dipermudahkan. 

Apa pun terima kasih kepada semua yang membantu, sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang tak mampu membalas budi yang tak terhingga dari semua, mudah-mudahan Allah membalasnya sebaik-baik balasan kepada orang yang membantu dan berbuat baik. Amin!!!!.


/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan