Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Jumaat, 20 Januari 2012

Majlis Penyampaian Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Ledang DUN Gambir



Majlis ini telah diadakan pada hari ini, 20 Januari 2012, bertempat di Dewan Serbaguna Bukit Gambir Ledang.



Seramai 561 orang penerima didalam senarai bagi fasa pertama di DUN Gambir ini. Alhamdulillah majlis Berjalan lancar, keadaan juga terkawal, malah susunan meja atau kaunter untuk menerima baucer juga lebih kemas.



Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Encik M.Asojan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gambir, juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri johor dan beliau turut menyampaikan ucapan alu-aluan.



Manakala majlis perasmian telah disampaikan ucapannya oleh Yang Berhormat IR Tuan Haji Hamim Bin samuri, Ahli Parlimen Ledang.



Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Haji A.B. Han Bin Ramin, Pegawai Daerah Ledang, sebagai urusetia di peringkat daerah yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini bersama kekuatan anggotanya dari Pejabat Daerah Ledang, malah turut membantu anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Maybank Tangkak yang menyediakan wang tunai untuk semua para penerima.




Tak ada apa yang nak dikatakan kerana tugas aku hanya juruacara, jom lihat2 foto yang ada.




seramai 561 lebih penerima bagi DUN Gambir






"didahulukan" penerima yang menerima awal kerana menjayakan acara gimik penyampaian BR1M




walaupun keuzuran tapi komitmen untuk bersama-sama didalam majlis ini sangat di kagumi




"hahahahaha" apa yang di gelakkan oleh Y.B. M. Asojan bersama penerima




kaunter tunaikan baucer yang diterima oleh Maybank





penerima harus mengikut proseduer yang telah ditetapkan dan di kaunter ini pemenerima akan menerima baucer terlebih dahulu





kerjasama yang berikan memudahkan petugas juga untuk penerima




kelihatan Ahli Parlimen Ledang, ADUN Gambir dan Pegawai Daerah Ledang







/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan