Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Jumaat, 25 November 2011

Majlis Perasmian Karnival Kerjaya, Perniagaan Dan Kemahiran Johor 2011



Majlis Perasmian Karnival Kerjaya, Perniagaan Dan Kemahiran Johor 2011 ini telah diadakan pada 25 November 2011 bertempat di Dataran Ledang.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik M. Asojan A/L Muniyandy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor sebagai wakil Rasmi Y.A.B. Menteri Besar Johor.


Majlis pada hari ini terlalu simple, namun begitu terdapat beberapa kepincangan, dan aku saya seolah-olah aku gagal dalam mengacarakan majlis ini.


Mula-mula VIP bertukar, kira OK la bukan salah aku, kemudian apabila aku mengumumkan untuk Imam Daerah Ledang membacakan doa, keadaan sudah mula ''panas'' apa tidaknya imamnya tak ada, walhal aku da nampak yang Uztaz Mohd Shafie da sampai, rupa-rupanya dia balik Masjid semula solat Asar, Ok la tu, itu pun bukan salah aku.


Kemudian apabila aku umumkan ucapan alu-aluan salah orang pulak, bila aku da umumkan, pihak urusetia baru memaklumkan bahawa ucapan aluan oleh Pemangku Pegawai Daerah Ledang. Pihak KEPAK melulu marahkan aku, yang aku pelik dia sendiri pun tak bagi tau kat aku, aku pun tunjukkan surat arahan dan aturcara majlis kat dia, dan sebenarnya bukan salah aku, pihak dari Pejabat Daerah yang tak maklumkan.


Tidak berakhir disitu, apabila majlis selesai urusetia KEPAK masih tak puas hati, OK la aku terima kalau salah aku, masalahnya dia orang pun tidak berhubung dengan aku, maklumat dan arahan diterima oleh Pejabat Daerah Ledang.


/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan