Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Selasa, 5 Julai 2011

Program Khidmat Komuniti Kumpulan 2 Siri 8/2011 yang pertama

Program Khidmat Komuniti (K1M) PLKN Kumpulan 2 Siri 8/2011 bersama pelatih Kem Sri Ledang ini telah diadakan pada 02.07.2011. Dengan kerjasama dari Komuniti 1Malaysia Kg Parit Karang Laut, tempatnya juga dilaksanakan Kg Parit Karang Laut.


Selain gotong-royong membersihkan kawasan balai raya, mengecat di kawasan tanah perkuburan dan sebagainya. Mereka juga turut diberikan aktiviti santai seperti pertandingan mewarna, pertandingan membuat layang-layang dan menaikkan layang-layang ke udara.... ini yang paling mencabar.


Selain itu bagi memeriahkan lagi suasana, pertandingan gasing turut diadakan, bukan untuk pelatih PLKN tetapi pendedahan kepada mereka mengenai permainan tradisional yang ada di Johor. Selain itu pertandingan kompang juga turut diadakan, juga bukan untuk pelatih tetapi penduduk kampung khususnya golongan belia.


Sebenarnya dalam banyak-banyak program, inilah rasanya yang paling meriah.... dan kerja aku selain menyelaras jadi la juruacara .... ingat nak suruh orang kampung buat, hanginnn!!! aku di buatnya..... suruh aku jugak... betul la kenapa la hari ni mood aku tak baik jer... nak marah jer.....da la tu ... orang penerangan tak makan... nasi boleh habis le pulak.... Inilah dia orang kata dalam setiap majlis tak ada yang sempurna sepenuhnya, ada sahaja kekurangan di sana, sini, tetapi bagi orang yang berfikir, ia mungkin ingatan dimasa akan datang agar, kekurangan itu dapat diatasi dan diperbaiki dari semasa ke semasa.


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.




ketibaan mereka dinantikan oleh penduduk Kg Parit Karang Laut, Kesang






bila pelatih berada di Kem latihan kawat memang tak boleh dipisahkan suka atau tidak terpaksalah rela....






bersarapan terlebih dahulu...... jangan lupa dimulakan dengan 'Bismillah'






wirawati........ jemput la makan ye.....




dah macam gerai jualan makanan la pulak kan......






cewah!!! anak dara sorang ni sempat menjeling tu.....





tengok tu tak sempat duduk da minum dulu, bukan berdiri lagi minum berjalan .....dasyat!!. Ni yang nak bagi petua ni, kalau nak badan cantik perut tak buncit kan!!! makan dulu lepas tu baru minum, kalau minum tu jangan suka berjalan atau berdiri, keadaan yang baik nak minum duduk.... kurangkan ais dalam minuman, tak de la orang cakap gemuk air la, itu la, ini la...





Ha!!! yang perempuan2 tu tolong basuh pinggan ye nanti senang dapat jodoh kalau da pandai buat kerja rumah!!!!he..he..he..



0rang kuat K1M Kg Durian Chondong tidak ketinggalan hadir memberikan sokongan kak ayu




inilah antara program mereka ketika menjadi pelatih PLKN.. khidmat sosial mereka kepada masyarakat.....








selepas mereka selesai bergotong-royong aktiviti santai untuk mereka turut diadakan antaranya pertandingan melukis, ha!!! tapi ada syaratnya.... lukisan mestilah gambaran dikawasan ini sahaja.... jadi kalau nak lukis gambar awek ke memang tak akan memang......









ha!!!! tengok tu skill da ada, tong ikan pun jadi, buat alas untuk melukis.....









masing-masing cari port baik punya nak melukis kawasan sekitar la katakan....











ini pulak pertandingan membuat layang-layang








inilah namanya kerjasama, antara kebaikan yang ingin diwujudkan oleh PLKN kepada para pelatih, semoga mereka praktikkan untuk hidup bermasyarakat, dugaan akan datang akan lebih mencabar dari apa yang di hadapi sekarang...







ha!!!! semua peralatan untuk pertandingan disediakan oleh K1M mereka hanya tunjukkan bakat












yang berbaju kelabu en Sulaiman Ismail, wakil D.O. berbaju poeple tu en Abd.Majid Mistam Penghulu Mukim Kesang..







salam perpisahan dan bertemu lagi di Serom pada 16.07 2011 akan datang..... tungguuuuuu!!!!







ni saje2 buat kenangan di Kg Parit Karang Laut





/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan