Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Jumaat, 11 Februari 2011

Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan

Aku telah menghadiri Seminar ini yang telah diadakan pada 04.10.2010 yang lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru. Disini di sertakan amanat dari Sultan Johor.

Ingatan Sultan Johor Kepada Pencinta Komunis!
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali mempersoalkan kuasa raja dan mempertikaikan hak serta keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu ucapan yang begitu tegas baginda bertitah, ini kerana akhir-akhir ini ada pihak yang begitu ghairah memperjuangkan kaumnya dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang telah diperuntukkan sekian lama dalam perlembagaan.

“Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan ini akan hanya merosakkan keharmonian hubungan kaum dan kesejahteraan hidup masyarakat negara ini,” titahnya ketika bertitah merasmikan seminar khas Perlembagaan Persekutuan Peringkat Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Seminar yang dihadiri oleh lebih 500 penjawat awam, wakil rakyat dan exco-exco kerajaan negeri itu, turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Sultan Ibrahim bertitah, perlu diingat bahawa keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak menghalang hak kaum lain malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam perlembagaan itu. – Utusan

ulasan isuhot:hari ini ramai pemimpin melayu yang berpaksikan pembangkang amat suka memberi laluan kepada bangsa lain untuk mempertikaikan hak keistimewaan melayu atas sifat hak ketuanan rakyat. Mereka menanamkan naluri kebencian terutamanya institusi kesultanan yang menjadi tulang belakang kepada hak keistimewaan melayu sekali gus mereka mengerakkan satu gerakan raformasi sebagai melindungi rancangan besar mereka…

Mereka mengambarkan hak keistimewaan melayu hanya terpakai pada segelintir orang melayu dengan mengambarkan bahawa orang melayu yang kaya tidak layak menikmati segala kemudahan itu, apakah mereka ingin menghapuskan kouta 30% ekuiti pemilikan orang melayu dalam syarikat besar dengan menggunakan alasan ini?

Berwaspadalah kepada gerakan komunis ini, mereka hanya akan gembira apabila kerajaan impian mereka seperti di Singapura ditubuhkan dan melayu di diamkan atas nama hak samarata.
maklumat dari : http://www.isuhot.com
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan