Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 2 Februari 2011

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir Peringkat Parlimen Ledang Anjuran JUITA Negeri Johor


Hari ini cukup mencabar dan seronok juga. Apa tidaknya Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir Peringkat Parlimen Ledang Anjuran JUITA Negeri Johor di buat secara mengejut.

Semalam petang dapat aturcaranya, aturcaranya cukup ringkas, dan cukup merisaukan aku, apa tidaknya yang Datang Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor dan Isteri Y.A.D. Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin selaku Yang Di Pertua JUITA iaitu Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Johor.

Alhamdulillah, aturcaranya memang cukup mudah, bersyukur juga Datin Prof tak marah walapun banyak benda yang tak tentu arah, dan pelbagai kekurangan, juga bukan salah dan punca dari aku. Bukan apa kalau tugas juruacara majlis ni, kadang2 silap sikit pun tak boleh, semua juruacara tu manusia, dan manusia tak lari dari buat kesilapan dan kesilapan bukan sengaja ingin dilakukan, setiap penganjur perlu tahu itu semua, kerana itulah hakikatnya.

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir Peringkat Parlimen Ledang Anjuran JUITA Negeri Johor ni berlangsung di 6 tempat iaitu Sek. Keb. Abdullah Sungai Mati, Sek. Keb. Bukit Kangkar, Sek. Keb. Sialang, Sek. Agama Bandar Tangkak, ha!!!! ini adalah diluar perancangan Menteri Besar yang nak pergi. Diteruskan lagi ke Sek. Agama Simpang 5 Darat Serom dan berakhir di Sek. Keb. Simpang 5 Darat Serom.

Selesai majlisnya Datin Prof. terpandang ler aku, berderau rasa hati bila Datin Prof panggil aku, rupanya nak salam dan ucap terima kasih, Datin ingat aku dari Muar, aku pun promot ler diri sikit dari Pejabat Penerangan Ledang hu...hu..hu.... betul apa!!!! tak tipu punya....

Ingatkan dah nak balik rupanya ada jamuan, bukan apa di semua tempat memang tak ada jamuan, hanya penyampaian bantuan dari JUITA yang disampaikan oleh Datin Prof selaku peneraju JUITA iaitu Yang Di Pertua JUITA Negeri Johor kemudian sesi bergambar dan semua vip bertolak ke destinasi seterusnya.

Satu lagi aku tak dapat elak Isteri D.O. Hajah Norlizah Binti Hashim, ha!!!!! kenal tau..... dia pun kenal aku..hu...hu... bukan nak berbangga tetapi terharu apabila orang pedulikan kita. Dia ajak makan bersama, lagi terkejut dengan Datin Prof. pulak..... alahai...... layan jer.......

Apa-apa pun hari nie seronok dan kenangan yang lucu, apa tidaknya, di 6 tempat yang berbeza dengan tiadanya kenderaan, ingat senang!!!!! he...he..he.... terpaksa tebalkan muka nie menumpang sana sini untuk kelokasi seterusnya. Alhamdulillah mereka semua prihatin.... terima kasih je la.... semoga Allah membalas kebaikkan mereka semua dan semoga bantu aku di lain hari he...he...he...

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan