Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 25 November 2009

Gotong Royong Perdana

Pada 21 November 2009 yang lalu, Jabatan Alam sekitar Cawangan Muar telah menganjurkan Gotong Royong Perdana Program Alam Sekitar Kawasan Parlimen Muar. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Razali Bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Muar.

Bergamba kenangan dengan Y.B. Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia & Sukan, Ahli Parlimen Muar

Pada Program ini aku bertugas sebagai juruacara majlis, permulaan program ini sebenarnya terus bacaan doa, tetapi aku mencadangan untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Bangsa Johor, bukan memandai-manda tetapi kebiasaanya memang ada lagu tersebut di mana-mana majlis rasmi sebelum diterusan dengan bacaan doa, dan cadangan ini terima baik oleh urusetia.

Acara simbolik penanaman pokok di padang awam Taman Khalidi Baru

Secara jujurnya program ini bagai ada yang tidak kena, mana tidaknya, sidang media sepatutnya pada pukul 11.45 pagi tetapi selepas acara simbolik penanaman pokak, pihak media terus serang Yang Berhormat Datuk, sedangkan pada masa tersebut adalah acara pemanasan badan sebelum bergotong-royong oleh wakil Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muar. Kesilapan ini berlaku kerana penganjur atau urusetia itu sendiri kerana tidak mengedarkan buku program kepada VIP dan pihak media sebagai panduan. Satu perkara lagi macam pihak Pejabat belia dan Sukan Daerah muar nak buat senaman ringgan tetapi urusetia tahu, dan pihak belia mengatakan bahawa ada permintaan.Pelik.....
Y.B. Datuk bersama-sama bergotong royong, Y.D.P. MPM pun turut serta


tak adil nie... Y.B. Datuk bantu mewarna


Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna

Program tersebut berakhir dengan penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna kepada murid-murid Tabika Perpaduan. Ia juga telah disampaikan oleh Y.B. Datuk Razali Ibrahim. Sepatutnya selepas selesai penyampaian hadiah, adalah jamuan kepada semua, tetapi jamuannya masih tiada dan majlis sudah pun berakhir. Y.B. Datuk pun balik tanpa menjamu selera.

Apa yang berlaku adalah sebagai pengalaman untuk aku, seandainya mengelolakan sesuatu majlis. Bukan ingin mencari kesilapan sesiapa tetapi satu pengajaran sebagai iktibar untuk masa akandatang terutama semasa mengendalikan majlis jabatan sendiri.

Selain itu aku juga dapat berkenalan dengan beberapa orang Alhamdulillah, akan datang akan lebih mudah untuk aku bekerja apabila orang mempercayai.

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan