Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Ahad, 22 November 2009

Astro Punya Pasal

Pada 19.11.09, yang lalu ada sorang mak cik datang, seperti biasa aku melayan pengunjung, memang terkejut beruk aku bila persoalannya, pada hemah aku bukan di sini jalan penyelesaiannya.
Bermulanya cerita, anak beliau tidak bekerja dan bosan berada dirumah, untuk menghilangkan bosan anak mak cik itu melanggan astro. Tidak lama kemudian anaknya menyambungkan pelajaran ke luar negara. Bulan demi bulan mak cik tersebut tidak membayar bil, dan sejak kebelakangan ini siaran astronya tidak dapat ditonton lagi, kebetulan pula makcik tu suami isteri tidak menonton sangat astro.
Di jadikan cerita ada pula orang yang cakap, supaya datang ke Pejabat ini, PMR Muar la, jadi aku dah terkena mencari jawapan dari persoalan dan kerungsingan mak cik tu. Termanggu sekejap aku dibuatnye, mana tidaknya, beliau nak potong siaran astro, mengeluh kerana siarannya dah tiada lagi, malah bilnya bertambah.


Untuk menyelesaikan masalah beliau, aku terpaksa menelifon astro untuk mendapatkan maklumat. Bukan senang nak bercakap dengan orang yang diperlukan, sambungan demi sambungan mengikut arahan, lega rasanya bila dah dapat, aku pun ambil peluang untuk bertanyakan macam-macam soalan.

Adat orang datang meminta bantuan, mak cik tu sabar menunggu. Jadi aku terangkan, kepada beliau. Siaran astro tak dapat kerana beliau tidak membayar bil. Apabila bil dibayar siaran akan dapat semula. Malah aku syorkan agar mak cik tu bayar sahaja bil tersebut kerana jika ingin potong diaran astro beliau akan dikenakan bayaran "panelti" sebanyak RM 500, bukan itu sahaja malah beliau perlu membawa barang astro yang dipasang dan dibawa ke cawangan astro, yang hanya ada 1 sahaja di Johor iaitu di Taman Moleh Johor bahru.

Kesian mak cik tu, disamping itu beliau sempat juga mengambil bahan penerbitan. Beliau sungguh terharu kerana dapat mengadu dan di PMR ini.

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan