Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Selasa, 11 Disember 2012

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Pelancaran Ekspedisi Saintifik Gunung Ledang USM - PTNJ 2012

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Pelancaran Ekspedisi Saintifik Gunung Ledang USM  - PTNJ 2012 ini telah diadakan pada 12 November 2012 bertempat di Dewan Serbaguna, Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Gunung Ledang. Seperti biasa tugas sebagai Juruacara. 

Majlisnya sangat cepat, tapi yang tak boleh tahan bila perubahan last minute aduhai, lagi beberapa minit jer acaranya baru nak bagi tahu perubahan, nasib baik la kita ni bertanya, kalau tak rosak majlis orang, tak keruan dibuatnya, apa lagi cakap je la tanya skrip. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, selesai je... semua orang ke Jamuan aku pun balik. Kerana sebelah petang ada Mesyuarat Penyelarasan Sukan Rakyat Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Daerah Ledang 2012 di Pejabat Perpaduan Muar.

Apa pun ini dia maklumat dari Utusan malaysia untuk pengetahuan bersama, ini yang lebih penting.


TAN Kok Hong (kanan) dan Abu Hassan Hamid bertukar-tukar dokumen selepas menandatangani perjanjian memajukan Taman Negara Johor Gunung Ledang di Ledang, semalam.



Gunung Ledang pusat penyelidikan

LEDANG 12 Nov. - Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi membangunkan Taman Negara Johor Gunung Ledang (TNJGL), di sini sebagai pusat penyelidikan bersama.

Perjanjian itu meliputi skop penyelidikan bersama dalam bidang biodiversiti, geologi, arkeologi dan ekopelancongan selain keterlibatan kedua-dua pihak dalam pembangunan modal insan dan mengenal pasti projek-projek baharu yang akan diusahakan bersama.

Serentak dengan MoA tersebut juga dilancarkan Ekspedisi Saintifik Gunung Ledang USM-PTNJ 2012 yang bertujuan mengumpul maklumat dan mendokumentasikan pelbagai penemuan terutama kepelbagaian biodiversiti di taman negara itu.

MoA itu ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong dan Dekan Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat USM, Prof. Abu Hassan Hamid sambil disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Hoo Seong Chang dan Pengarah PTNJ, Suhairi Hashim.

Suhairi berkata, MoA berkenaan adalah selaras dengan tanggungjawab PTNJ dalam memulihara dan menguruskan biodiversiti di kawasan Gunung Ledang yang terkenal serta kaya dengan sumber alam semula jadi.

"Dengan termeterainya MoA ini, ia akan meningkatkan kerjasama antara PTNJ dan USM bagi menggalakkan kajian dan program sebaran maklumat yang menjurus kepada kepelbagaian biologi, persekitaran, sumber alam semula jadi, ekopelancongan, sosial, pendidikan, geologi, arkeologi, pembangunan dan pengurusan mapan di TNJGL.

"Kajian di Gunung Ledang sebelum ini banyak tertumpu di bahagian habitat pergunungan, namun menerusi ekspedisi penyelidikan saintifik ini akan tertumpu di kawasan Ulu Jementah iaitu di bahagian barat daerah Segamat," katanya.

Beliau berkata, ekspedisi itu bertujuan mengumpul maklumat saintifik berkaitan persekitaran fizikal, ekosistem dan kepelbagaian biologi serta mengenal pasti ancaman yang dihadapi di kawasan terbabit dan cara-cara mengatasinya.

Dalam pada itu, Abu Hassan berkata, TNJGL merupakan kawasan pergunungan terpencil mengandungi kepelbagaian flora dan fauna yang membentuk ekosistem dan persekitaran tersendiri selain mempunyai pelbagai kelebihan lain.

"Gunung Ledang juga mempunyai batuan yang sejarahnya begitu lama. Di samping kepelbagaian biologi dan sejarah geologi yang menarik, ia kaya dengan sejarah tempatan sejak zaman Kerajaan Kesultanan Melaka yang menjadi tarikan di rantau ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121113/wj_02/Gunung-Ledang-pusat-penyelidikan#ixzz2EkrrQMk4
© Utusan Melayu (M) Bhd 
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan