Pegawai Daerah Ledang, Abd Han Ramin mengetuai bacaan ikrar Setia Bangsa pada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Johor. |
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Negeri Johor ini telah diadakan pada 12 Oktober 2012, bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak Ledang.
Kebiasaanya jika ada program peringkat negeri di Daerah, pasti ada mesyuarat di daerah, tetapi program ini tiada sebarang mesyuarat, tiba-tiba sahaja diadakan majlis ini. Aku berurusan pun hanya dihubungi dengan pegawai DBP melalui telefon. Jadi ada sedikit masalah berkaitan p.a. sistem maklum la di peringkat Daerah mereka dimaklumkan dengan apa yang ada, tub2 bila raptai guna p.a. sistem lain, penerangan disuruh standby jadi aku maklumkan penerangan tak de standby.
Seperti biasa tugas sebagai juruacara majlis. Sebelum raptai pegawai SUK pandang sebelah mata jer, selesai raptai barulah senyum. Faham la keadaan begini orang kata "tak kenal maka tak cinta".
Sepanjang menjadi amcee di Ledang inilah majlis paling hebat dengan P.A. sistemnya yang begitu gah!!! dibawa dari KL... dengan lampu warna warninya, lampu kerawang2, menarik lah, program ini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan bersama Pejabat SUK Negeri Johor.
sebelum majlis |
selesai masa untuk makan |
'Jangan salahkan Bahasa Melayu'
13 Oktober 2012
TANGKAK - Orang Melayu diminta supaya tidak menyalahkan Bahasa Melayu jika mereka gagal memperolehi kecemerlangan dalam bahasa tersebut yang sudah wujud sejak beribu-ribu tahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Bahasa Melayu sudah digunakan oleh generasi terdahulu sejak era Majapahit dan menjadi perantara dalam kalangan peniaga di Asia Tenggara.
“Bahasa Melayu juga digunakan dalam pelbagai golongan masyarakat di Kepulauan Melayu kepada kaum Melayu, Cina dan India.
“Bagaimanapun, kehebatan Bahasa Melayu semakin berkurangan selepas abad ke-20 apabila ramai pihak termasuk bangsa Melayu sendiri menganggap bahasa ini tidak moden,” katanya ketika merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak, di sini, semalam.
Beliau berkata, Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada ribuan pelajar pada 1983 dan turut digunakan di institusi pengajian tinggi negara.
“Bahasa ini digunakan untuk pengajian sastera, sains, kejuruteraan termasuk sains tulisan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) contohnya menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pengantar dalam pengajian di institusi berkenaan.
“Ia perlu terus dimajukan dan badan politik juga korporat digesa agar memahami Dasar Bahasa Kebangsaan,” katanya.
Menurut Abdul Ghani, dasar tersebut telah membantu kejayaan pendidikan dan pentadbiran negara dan ia perlu disokong supaya meluas ke sektor swasta.
Terdahulu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan berkata, Bulan Bahasa Kebangsaan telah disambut sejak 1960-an.
“Kita menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan bahasa kebangsaan ini untuk pembangunan negara berdaulat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan