Program Ihsan Ramadhan Dan Aidilfitri Yayasan 1MDB kerjasama UMNO Bahagian Ledang dan Pejabat Daerah Ledang. Program ini telah diadakan pada 14 Ogos 2012 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Pulau Penarik Sungai Mati Ledang. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat IR Tuan Haji Hamim Bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang wakil Rasmi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.
Program ini berupa sumbangan kepada mereka yang memerlukan mengikut kategori, seperti Orang Kelainan Upaya atau OKU, anak yatim, ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan, dan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata
-
LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir
peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah
dalam serbu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan