Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Daerah Ledang 2011, telah diakan di Daratan Ledang pada 15 Februari 2011, juga cuti umum kepada kemua kakitangan awam di seluruh negara. Apa yang istimewanya hari ini juga adalah hari lahir aku.
Apa yang ingin aku katakan, aku kecewa dengan majlis ini. Dari awal mesyuarat Kadi Daerah Ledang sendiri telah bersetuju dengan pengacara Wanita untuk majlis ini, aku telah membuat persiapan seperti menyediakan pakaian yang sesuai untuk majlis ini.
Apa yang ingin aku katakan, aku kecewa dengan majlis ini. Dari awal mesyuarat Kadi Daerah Ledang sendiri telah bersetuju dengan pengacara Wanita untuk majlis ini, aku telah membuat persiapan seperti menyediakan pakaian yang sesuai untuk majlis ini.
Tetapi tiba-tiba pegawai dari Pejabat Kadi telefon meminta pengacara Lelaki. Setelah berbincang, pengacara lelaki tiada dan Pejabat Kadi telah sedia maklum malah akan mencari pengacara lelaki, urusan aku telah selesai.
Sebenarya berat hati nak pergi, tetapi aku teringin melihat siapa pengacara untuk majlis ini. Secara tiba-tiba, aku disergah oleh Kadi Daerah Ledang, suruh aku menjadi Juruacaranya. MasyakAllah!!!!! tak tahu nak buat apa, terpaksa aku tinggalkan mak aku keseorangan.
Tanpa sebatang pen dan sehelai kertas, aku menuju ke pihak urusetia, mendapatkan maklumat apa yang perlu, dan aku mengacarakan majlis dalam keadaan tidak bersedia, memang ada berlaku kesilapan. Kepada pihak penganjur mohon maaf banyak-banyak, kalau tidak terlalu memilik perkara ini mungkin dapat diatasi.
Apa-apa pun inilah pengalaman pertama aku "tiba-tiba kene jadi M.C." aku buat juga, kerana itulah kepercayaan orang kepada Jabatan Penerangan. Walau hakikahnya aku boleh menolak.
Ketibaan disambut oleh Ketua jabatan dan Wakil Rakyat
Bacaan Selawat dan Berzanji
dif-dif jemputan
orang ramai yang hadir
masing-masing sirius mendengar ceramah yang sedang disampaikan
penyampaian cenderahati kepada pembaca ayat suci Al-Quran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan