Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Jumaat, 28 Januari 2011

Mesyuarat PUSPANITA dan Mesyuarat J/K Kerja Membanteras Wabak Denggi



Semalam iaitu 27 Januari 2011, ada 2 tugas luar yang perlu aku laksanakan. Pada sebelah petang aku menghadiri merangkap Juruacara Mesyuarat Agong PUSPANITA Cawangan Daerah Ledang, itulah tugas yang terlalu sinonim dengan aku sejak di Ledang nie.

Apa yang bestnya adalah aku dengan rasminya telah menjadi ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Ledang malah terpilih untuk ke JB menghadiri Mesyuarat PUSPANITA Peringkat Negeri. wah!!!!! seronoknya. Tapi itu belum pasti lagi, kerana bergantung dengan keadaan aku sendiri kalau tiada sebarang aktiviti yang memerlukan aku di Daerah Ledang maka berpeluang lah aku untuk ke JB. Jika sebaliknya maka harapanku hampa!!! da macam tajuk lagu pulak hu...hu...hu...

Lagi best adalah aku dapat cabutan nombor bertuah. apa dia? ha...ha..ha.... cadar tilam je.... tapi aku memang suka sebab dapat menambah koleksi cadar dengan pelbagai colour. Kuning aja ada 3 dgn corak yang berlainan selain tu Pink, biru, hijau dan yang aku dapat semalam putih berbunga kecil warna biru, dan kainnya dari jenis yang bagus bukan murah2 punya cadar. Apa2 pun thank yau Allah kerana itu juga rezeki dari Mu... Alhamdulillah.

Manakala pada sebelah malamnya pulak aku mewakili PPD ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Membanteras Wabak Denggi. Disini sekali lagi aku bertemu dengan Pegawai Kesihatan Daerah Ledang iaitu Dr. Hajah Zaharah bte Mohd Salleh, tanggan dialah yang buat aku bertuah di majlis sebelah petang. Pada malam tu la yang aku kenal dengan dia. Mesyuarat yang sepatutnya bermula pada jam 8.00 mlm telah bermula pada jam 9.00 malam, aku tak malulah kerana aku antara yang terawal, walaupun aku bergerak jam 8.00 mlm dari rumah.

Simpati juga dengan dr. tu sebab sambutan tak menggalakkan kerana kehadiran tak ramai. Apa pun mesyuarat ini memberi aku ilmu juga, tentang nyamuk aedes dan demam denggi. Disini bolehlah dikongsikan bersama.

Nyamuk aedes ni sebenarnya tidak bahaya, yang jadi bahaya adalah apabila seekor nyamuk aedes menghisap darah orang yang ada wabak denggi atau demam denggi kemudian pergi ke seorang yang lain maka orang kedua tersebut akan dijangkiti demam denggi. Bagi mereka yang pernah dijangkiti demam tersebut perlu berhati2 kerana jika terkena untuk kali ke 2, ia akan jadi denggi berdarah dan boleh membawa maut.

Bagi yang tidak tahu, nyamuk yang menghisap darah kita, adalah nyamuk betina, manakala nyamuk jantan kerjanya untuk mengawan sahaja. 1 ekor nyamuk boleh bertelut 100 hingga 150. Ha!!!! punya le banyak.

Jadi tanggungjawab kita, sama2 lah menjaga kebersihan tempat tinggal kita, jangan biarkan air bertakung kerana boleh membiak nyamuk. Ingat dengan hanya seekor jentik2 kita boleh di saman sebanyak RM 500.00 bagi rumah kediaman manakala kawasan perindustrian RM 1000.00. Langsung tidak boleh mintak kurang tau. Duit itu boleh dibelikan berpasang-pasang pakaian atau apa pun yang kita idam2kan jadi nak buat apa buang duit begitu saja. Lepas ni kita sama2 pastikan rumah tiada air yang bertakung.

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan