Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 16 Disember 2009

Hukuman perlu jadi iktibar peragut - Suami mangsa

BATU PAHAT 15 Dis. - Hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali yang dihadapi oleh penganggur, Mohd. Ariffin Anang selepas menyebabkan kematian Jamilah Selamat perlu dijadikan iktibar oleh peragut lain untuk meninggalkan jenayah itu.

Suami Allahyarham Jamilah, Razali Ahmad, 42 berkata, hukuman itu membuktikan mahkamah memandang serius jenayah tersebut dengan menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah.

''Sama ada hukuman itu setimpal atau tidak, itu keputusan mahkamah tetapi pesalah telah pun dijatuhkan hukuman yang agak berat,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohd. Ariffin, 26, yang menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas 16 saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan.

Lelaki itu sebelum ini dibicarakan atas kesalahan menyebabkan kematian ibu muda kepada dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu dalam satu kes ragut di hadapan sebuah rumah di Jalan Kaloi, Taman Ayer Hitam, di sini kira-kira pukul 7.15 malam, 3 Mei lalu.

Dia juga didakwa mencederakan mangsa yang sedang hamil dua bulan ketika merompak barang-barang berharga termasuk sebuah beg warna hitam, sebuah telefon bimbit, sehelai telekung, MyKad, tiga kad bank dan satu kad keahlian pasar raya kepunyaan wanita itu pada masa serta tempat yang sama.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Jamilah, 31, yang merupakan seorang jurujual di kedai kraf tangan di pekan Ayer Hitam koma selama dua hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Hakim Mohd. Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Mohd. Ariffin kerana menyebabkan kematian, manakala penjara 10 tahun serta sebatan 10 kali kerana mencederakan mangsa yang terjatuh daripada motosikal ketika dirompak tertuduh.

Kedua-dua hukuman diperintah berjalan serentak bermula dia ditahan pada 6 Mei lalu.

Razali bersyukur kerana kes tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh tidak sampai setahun.

''Ini membuktikan pihak berkuasa khususnya polis begitu profesional dalam melaksanakan tugas dan siasatan terhadap kes tersebut,'' katanya.

Dia melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada polis terutama Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff kerana memberikan perhatian serius terhadap kes itu sehingga akhirnya tertuduh membuat pengakuan bersalah di mahkamah. /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Tiada ulasan:

Catat Ulasan