KOTA BHARU 6 Dis. - Dua sahabat maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta yang hilang kawalan terjunam dari aras atas tempat letak kenderaan sebelum terhempas di dalam pusat beli-belah KB Mall, di sini hari ini.
Mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang ini ialah Siti Nur Amira Shamsuddin, 19, dan rakannya Siti Nordiana Azman, 18, yang berasal dari negeri ini.
Seorang lagi rakan mereka Rashidah Ahmad Latfi, 18, dari Besut mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Kesemua mangsa yang dipercayai ditimpa serpihan runtuhan semasa di eskalator tingkat dua bangunan itu, merupakan penuntut di sebuah kolej kejururawatan berhampiran pusat beli-belah itu.
Turut parah ialah pemandu kereta berkenaan, Norain Said, 19.
Kejadian itu menggemparkan beratus-ratus pengunjung dan pekerja di pusat beli-belah tersebut dengan kebanyakan daripada mereka bertempiaran lari dalam keadaan kelam kabut.
Keadaan itu menyebabkan bunyi dentuman yang kuat, seolah-olah bumbung bangunan tersebut sedang runtuh sejurus kereta berkenaan terjatuh dari ketinggian dianggarkan 50 meter bersama ketulan batu dan serpihan kaca bertaburan.
Pihak pengurusan kemudiannya bertindak mengarahkan kesemua mereka yang berada di dalam premis itu supaya keluar dan menutup pusat beli-belah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kereta itu dipercayai hilang kawalan semasa berada di kawasan letak kereta tidak berbumbung di atas bangunan itu.
"Sebelum kejadian, kereta itu dinaiki oleh tiga orang iaitu dua perempuan dan seorang lelaki tetapi tiba-tiba mengalami kerosakan," ujarnya.
Katanya, lelaki itu yang dikenali sebagai Sabri kemudian menolak kereta itu yang dikawal oleh Nurain, 19, di dalam kereta manakala adiknya, Nurul Atikah, 17, pula hanya memerhati dari luar.
Menurut beliau, bagaimanapun enjin kereta itu dikatakan berfungsi tiba-tiba serta meluncur laju lalu merempuh dinding yang menempatkan sistem pengudaraan bangunan berbumbung dan terjunam.
Tambahnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Jabatan Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu.
Sementara itu, seorang pengunjung pusat beli-belah berkenaan, Ismail Mamat, 50, memberitahu, dia tergamam mendengar dentuman yang kuat disusuli dengan gegaran.
"Saya begitu takut lalu berlari keluar daripada bangunan itu. Saya diberitahu kemudiannya ada kereta terjatuh dari tingkat atas dan syukur saya selamat," ujarnya.
Hazura Ariffin, 25, yang bekerja di medan selera kompleks tersebut, berkata, dia dan rakan-rakan yang lain terkejut apabila tiba-tiba mendengar dentuman yang kuat dari tingkat atas.
Katanya, pengunjung mula panik dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana menyangka bangunan itu akan runtuh.
"Apabila saya keluar dari medan selera, saya nampak kesan runtuhan, bila dongak ke atas nampak sebuah lubang besar dan di tingkat bawah ternampak sebuah kereta yang terjatuh," katanya.
Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusankelantan@utusan.com.my
/* CSS Social Media */
#sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;}
.nengah{text-align:center!important}
.smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px}
.facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4}
.facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"}
.facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1}
.twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4}
.twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"}
.googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4}
.googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"}
.linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4}
.linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"}
.pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4}
.pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"}
.rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4}
.rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}