Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Jumaat, 28 Januari 2011

Mesyuarat PUSPANITA dan Mesyuarat J/K Kerja Membanteras Wabak Denggi

Semalam iaitu 27 Januari 2011, ada 2 tugas luar yang perlu aku laksanakan. Pada sebelah petang aku menghadiri merangkap Juruacara Mesyuarat Agong PUSPANITA Cawangan Daerah Ledang, itulah tugas yang terlalu sinonim dengan aku sejak di Ledang nie.

Apa yang bestnya adalah aku dengan rasminya telah menjadi ahli PUSPANITA Cawangan Daerah Ledang malah terpilih untuk ke JB menghadiri Mesyuarat PUSPANITA Peringkat Negeri. wah!!!!! seronoknya. Tapi itu belum pasti lagi, kerana bergantung dengan keadaan aku sendiri kalau tiada sebarang aktiviti yang memerlukan aku di Daerah Ledang maka berpeluang lah aku untuk ke JB. Jika sebaliknya maka harapanku hampa!!! da macam tajuk lagu pulak hu...hu...hu...

Lagi best adalah aku dapat cabutan nombor bertuah. apa dia? ha...ha..ha.... cadar tilam je.... tapi aku memang suka sebab dapat menambah koleksi cadar dengan pelbagai colour. Kuning aja ada 3 dgn corak yang berlainan selain tu Pink, biru, hijau dan yang aku dapat semalam putih berbunga kecil warna biru, dan kainnya dari jenis yang bagus bukan murah2 punya cadar. Apa2 pun thank yau Allah kerana itu juga rezeki dari Mu... Alhamdulillah.

Manakala pada sebelah malamnya pulak aku mewakili PPD ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Membanteras Wabak Denggi. Disini sekali lagi aku bertemu dengan Pegawai Kesihatan Daerah Ledang iaitu Dr. Hajah Zaharah bte Mohd Salleh, tanggan dialah yang buat aku bertuah di majlis sebelah petang. Pada malam tu la yang aku kenal dengan dia. Mesyuarat yang sepatutnya bermula pada jam 8.00 mlm telah bermula pada jam 9.00 malam, aku tak malulah kerana aku antara yang terawal, walaupun aku bergerak jam 8.00 mlm dari rumah.

Simpati juga dengan dr. tu sebab sambutan tak menggalakkan kerana kehadiran tak ramai. Apa pun mesyuarat ini memberi aku ilmu juga, tentang nyamuk aedes dan demam denggi. Disini bolehlah dikongsikan bersama.

Nyamuk aedes ni sebenarnya tidak bahaya, yang jadi bahaya adalah apabila seekor nyamuk aedes menghisap darah orang yang ada wabak denggi atau demam denggi kemudian pergi ke seorang yang lain maka orang kedua tersebut akan dijangkiti demam denggi. Bagi mereka yang pernah dijangkiti demam tersebut perlu berhati2 kerana jika terkena untuk kali ke 2, ia akan jadi denggi berdarah dan boleh membawa maut.

Bagi yang tidak tahu, nyamuk yang menghisap darah kita, adalah nyamuk betina, manakala nyamuk jantan kerjanya untuk mengawan sahaja. 1 ekor nyamuk boleh bertelut 100 hingga 150. Ha!!!! punya le banyak.

Jadi tanggungjawab kita, sama2 lah menjaga kebersihan tempat tinggal kita, jangan biarkan air bertakung kerana boleh membiak nyamuk. Ingat dengan hanya seekor jentik2 kita boleh di saman sebanyak RM 500.00 bagi rumah kediaman manakala kawasan perindustrian RM 1000.00. Langsung tidak boleh mintak kurang tau. Duit itu boleh dibelikan berpasang-pasang pakaian atau apa pun yang kita idam2kan jadi nak buat apa buang duit begitu saja. Lepas ni kita sama2 pastikan rumah tiada air yang bertakung.

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Rabu, 19 Januari 2011

Taklimat Muar Daerahku Bersih Idamanku

Majlis Taklimat "Muar Daerahku, Bersih Idamanku" telah diadakan pada 8 Julai 2010 yang lalu. Taklimat ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagian Tuan Haji Mislan Bin Karmani, Pegawai Daerah Muar. Ia merupakan kempen untuk menggalakkan orang ramai untuk menjaga kebersihan dan ia merupakan iniseatif Pegawai Daerah Muar, yang berhasrat untuk menjadikan Daerah Muar sebuah daerah yang bersih.
Penglibatan orang ramai yang terdiri daripada anggota kerajaan di dalam Daerah Muar, ngo's, pemimpin masyarakat dan sebagainya aalah bertujuan untuk menyokong malah bagi mereka yang ingin menyumbang dari segi perlatakan ataupun kewangan juga turut dialu-aluan demi menjamin persekitaran di Dalam Daerah Ledang terpelihara kebersihannya.
kesimpulanya walau dimana kita berada, apa jua yang kita lakukan jadikanlah amalan kebersihan sebagai budaya kerana amalan kesihatan yang lebih baik akan menjamin kesihatan.

aku la lagi

kehadiran dari kakitangan jabatan dan ngo's memberikan sokongan

Taklimat oleh Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Mislan Bin Karmani

ramai yang datang, atas kesedaran bersama untuk menjaga kebersihan Daerah kita

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Rabu, 5 Januari 2011

Kursus Coaching And Mentoring

hari terakhir

Kursus ni diadakan di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh Melaka pada 1 hingga 4 Mac 2010 yang lalu. Ia melibatkan pegawai dari negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor dan Melaka selain dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Kursus ni sebenarnya untuk melatih kakitangan Jabatan Penerangan untuk menjadi pelapis kepada pegawai-pegawai yang telah lama khususnya dalam aspek penceramahan. Lemah betul bila sebut pasal ceramah, tetapi setiap tugas tu pasti ada cabaran dan sekiranya tidak mencuba maka kita tak tahu kemampuan kita. Setiap orang ada kelebihan dan kebolehan hanya perlu digilap supaya kuantiti boleh menjadi kualiti. Insyalallah aku akan cuba.

Walaupun dalam hati bermasalah,tapi kursus ni aku le manusia yang paling kuat ketawa, tak tau le kenapa tetapi terasa gelinya hati, bagai di geletek. Semuanya telah jadi kenangan.

Apa pun kursus nie yang menyeronokan adalah dapat berjumpa kawan-kawan lama yang lain negeri selain dapat merehatkan diri dari tugas-tugas semasa di Daerah.

dengan adanya kursus dapat menambah sahabat dari 1 jabatan

tergambar keseronokan diwajah masing-masing...... nak balik!!!!!!!

action je tu........... bakal-bakal pegawai...he...he..he.....

kenagan bersama sahabat lama dan baru dikenali di kursus ini

Majlis di akhiri dengan penyampaian sijil