Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Melayari Blog Ini

Rabu, 23 Disember 2009

Kenapa sekejam ini?


KUALA LUMPUR – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Lebih sadis lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.

Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.

Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.

Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.

“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

3 jam terperangkap dalam lumpur


SAKIT ...anggota bomba berusaha mengeluarkan Ramachandran yang tersepit
MUAR: Seorang pemandu lori membawa muatan tong gas terpaksa bertarung nyawa hampir tiga jam apabila terperangkap dalam lumpur selepas kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sejurus bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Muar-Pagoh berhampiran Kawasan Perindustrian Pagoh di sini, semalam.

Nyawa N Ramachandran 40-an, ternyata masih panjang walaupun terpaksa menahan kesakitan apabila kakinya tersepit di tempat duduk pemandu lori berkenaan sebelum dikeluarkan dengan bantuan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Muar menuju ke Johor Bahru, bertembung dengan sebuah Proton Iswara dari arah bertentangan.

Akibat kejadian itu, lori yang sarat muatan tong gas itu terjunam ke gaung sedalam 20 meter menyebabkan separuh daripada badan Ramachandran terbenam dalam lumpur kerana kakinya tersepit.

Kelindannya, K Kesavan, 23, berjaya merangkak keluar selepas terperangkap dalam lumpur hingga ke paras pinggang selepas sejam setengah cuba keluar.

Katanya, apabila berjaya keluar, dia terpaksa merangkak ke tebing dengan bantuan orang awam tanpa mengalami kecederaan.

“Saya tidak mampu menarik Ramachandran keluar sehinggalah dia dibantu anggota bomba tiga jam kemudian,” katanya.

Kesavan berkata, dia bersama Ramachandran dalam perjalanan dari Muar ke pejabatnya di Johor Bahru selepas selesai mengagihkan tong gas memasak dengan membawa pulang tong gas kosong.

Katanya, tiba di selekoh itu, dia nampak sebuah Proton Iswara dari arah bertentangan memasuki lorong laluannya menyebabkan Ramachandran cuba mengelak sebelum merempuh kereta itu dan lori yang dinaiki menjunam ke dalam gaung.

“Kami cuba mengelak daripada bertembung dengan kereta itu tetapi gagal menyebabkan lori terbabas ke kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

“Saya turut ditenggelami lumpur sehingga paras pinggang, tetapi sempat merangkak keluar melalui pintu lori yang terbuka akibat rempuhan kuat itu,” katanya.

Pemandu kereta yang hanya dikenali sebagai Man, pengusaha bengkel motosikal, patah kaki dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, Ramachandran yang cedera parah berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital sama sejurus dikeluarkan.
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Polis buru ‘tiga jahanam’ belasah mangsa lepas samun

DIKEHENDAKI...fotofit suspek pertama (kiri) dan kedua yang diburu polis.

KOTA TINGGI: Polis daerah ini memburu ‘tiga jahanam’ yang disifatkan penjenayah ganas kerana sanggup bertindak agresif dengan membelasah mangsa sehingga pengsan ketika melakukan jenayah samun.

Ketiga-tiga lelaki terbabit dikehendaki polis selepas dipercayai bertanggungjawab membelasah seorang remaja berumur 18 tahun sehingga hampir pengsan termasuk melibas muka mangsa menggunakan sarung pedang samurai, Sabtu lalu.

Dalam kejadian di Jalan Remia, Taman Kota Jaya di sini, mangsa diserang ketika menunggang motosikal dalam perjalanan untuk membeli sarapan kira-kira jam 6.15 pagi.

Difahamkan, ketiga-tiga penjenayah terbabit yang menaiki dua motosikal Modenas Kriss berwarna hitam dan sebuah lagi berwarna biru menghalang perjalanan mangsa berdekatan sebuah jambatan.

Sejurus kemudian, dengan menggunakan pedang samurai bersarung dan sebatang besi, penjenayah terbabit menghampiri dan menyerang mangsa.

Seorang daripada suspek melibas sarung pedang samurai ke muka remaja itu, manakala dua rakan penjenayah membelasah hingga menyebabkan mangsa lembik dan hampir pitam.

Dalam keadaan terbaring dan mengerang kesakitan, penjenayah terbabit menyeluk saku seluar mangsa dan mengambil wang RM80 sebelum menyentap rantai leher dan gelang tangan perak milik mangsa.

Mangsa ditinggalkan di situ sebelum ketiga-tiga suspek memecut meninggalkan tempat kejadian menuju Jalan Air Terjun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika ditemui semalam mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan terperinci dijalankan bagi membawa ketiga-tiga penjenayah itu ke muka pengadilan.

Katanya, pihaknya menjejaki ketiga-tiga suspek dengan mengedarkan fotofit dua daripada mereka dan yakin usaha itu akan membuahkan hasil dalam masa terdekat dengan kerjasama orang ramai.

“Suspek pertama bertubuh kurus, berkulit gelap, bermata kuyu dan bermisai nipis. Manakala suspek kedua bersusuk badan gempal, kulit cerah berjerawat, mulut lebar dan mempunyai parut di dagu kiri,” katanya.

Sehubungan itu, Osman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 07 8837222.

“Polis menghargai peranan orang awam menyalurkan maklumat kerana terbukti ia sudah banyak membantu pihak berkuasa membantu memerangi jenayah dan menyelesaikan kes tertentu,” katanya.

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Selasa, 22 Disember 2009

Bukan satu tapi dua

KUALA LUMPUR: Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berikutan siasatan yang tidak lengkap termasuk ketiadaan butiran enjin termasuk jenis dan spesifikasinya.

Siasatan itu dikembalikan semula ke Bukit Aman bersama arahan terbaru, termasuk menyiasat kemungkinan pembabitan pihak lain, termasuk agensi kerajaan dalam kehilangan enjin berkenaan.

"Siasatan lebih mendalam, dengan butiran lebih terperinci amatlah diperlukan dalam pengendalian kes ini," kata Abdul Ghani.

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

TUDM mula menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 untuk tugasan tempur dan peninjau. Bagaimanapun hanya lapan masih digunakan sehingga kini masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

Sumber berkata, modus operandi kumpulan terbabit licik kerana menggunakan taktik berbeza ketika melarikan kedua-dua enjin berkenaan, dipercayai untuk dijual sebagai komponen alat ganti di pasaran gelap, terutama kepada pembeli antarabangsa.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dilaporkan kepada polis pada 4 Ogos 2008 selepas siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikatakan menemui jalan buntu.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, beliau mengarahkan supaya laporan polis dibuat sebaik menyedari kehilangan enjin pesawat itu.

"Kita akan tunggu sehingga laporan penuh keluar kerana kita bekerjasama dengan polis, malah apabila kita menyedari kejadian itu, kita melaporkan kepada polis dengan segera.

"Kementerian Pertahanan berpendirian kita perlu menyelesaikan perkara ini dan mengambil tindakan sesuai walaupun tindakan jenayah terhadap mereka terbabit... bukan hasrat kementerian dan TUDM menyembunyikan apa-apa pun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia keenam, semalam.

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM

•26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar
•1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar
•Mei 2008 - enjin disedari hilang
•4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat
•13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
•25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan
•18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Bagai ‘patung ujian’

MUAR: Akibat bertembung dengan sebuah kereta dipandu laju, sepasang suami isteri melambung ke udara seperti ‘patung ujian’ dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Muar-Yong Peng berhampiran Bukit Naning dekat sini kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan Ahmad Hamdan, 68, seorang pesara polis dan isterinya seorang warga Indonesia dikenali sebagai Sumiyanti, 48, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badannya.

Difahamkan, Sumiyanti yang membonceng motosikal suaminya terpelanting sejauh kira-kira lima meter ke atas tebing di tepi jalan berkenaan akibat rempuhan kuat itu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awan dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Asisten Superintendan Suhaimi Ahmad, berkata motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu bertembung dengan sebuah Toyota Camry yang memasuki laluan bertentangan dari Parit Sulong.

Katanya, kereta terbabit bertembung dengan motosikal Modenas Kriss milik mangsa menyebabkan penunggang dan pembonceng melambung ke udara, manakala mayat Sumiyanti tercampak ke atas tebing yang memisahkan jalan raya dan ladang sawit.

“Susulan kejadian itu, polis menahan pemandu kereta berusia 28 tahun untuk siasatan lanjut kes itu yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ada maklumat diminta hubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Rahman Remi di talian 06-9526222 bagi membantu siasatan.

Sementara itu jiran mangsa, Paiman Abdullah, 60, berkata kemalangan itu berlaku ketika Ahmad dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 15, Bukit Naning selepas membeli barang keperluan di Bakri dan mengunjungi keluarganya yang tinggal berhampiran pekan itu.

Katanya, dia mengetahui kemalangan yang menimpa jirannya itu selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

“Saya dimaklumkan jiran saya itu kemalangan menyebabkan saya terus ke tempat kejadian sebelum mendapati dia bersama isterinya sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, arwah mendirikan rumah tangga dengan isterinya kira-kira dua tahun lalu selepas isteri pertamanya meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu, manakala lima anaknya sudah berkeluarga dan tinggal di luar Johor.

Paiman berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah ialah ketika mereka bersama-sama membantu membuat persiapan majlis perkahwinan di rumah salah seorang penduduk kampung, tetapi arwah dikatakan pulang lebih awal pada hari berkenaan.

“Arwah pulang lebih awal dari tempat kenduri itu dan ketika saya pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari saya mendapati pintu rumahnya berkunci.

“Pada mulanya saya beranggapan dia bersama isteri pergi ke Bakri kerana kebiasaannya hampir setiap petang dia akan ke Bakri melawat keluarga atau membeli barang keperluan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Oleh Junita Mat Rasid
am@hmetro.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Ubah strategi jual ubat seks

Selasa, 22 Disember 2009

JOHOR BAHRU: Tidak mahu mengalah dengan tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa, sindiket ‘doktor kaki lima’ kini dikesan menjalankan operasi menjual produk perangsang seks secara pindah-randah dan tidak lagi tertumpu di kawasan kebiasaannya.

Malah, mereka juga dikatakan mempunyai anggota yang ditugaskan khusus untuk memerhatikan keadaan sekeliling terutama mengesan kelibat orang yang disyaki kakitangan penguat kuasa Jabatan Kesihatan.

Ketua Penolong Pengarah (Kuatkuasa Farmasi) Jabatan Kesihatan Johor, Sha’ari Abd Rahman, berkata sindiket penjual ubat berkenaan mengubah strategi jualan dengan menemui pelanggan di kawasan berbeza berbanding bertumpu di Jalan Wong Ah Fook, di sini seperti sebelumnya.

Menurutnya, kewujudan sindiket berkenaan disedari kumpulan penguat kuasa unit farmasi ketika menjalankan pemantauan di sekitar kawasan tumpuan ramai, baru-baru ini.

Beliau berkata, lebih mengejutkan apabila penjual ubat berkenaan juga licik merancang pergerakan mereka dari sesuatu lokasi ke lokasi lain dengan bantuan pemberi maklumat.

“Konco-konco mereka bertindak pantas termasuk melaporkan pada penjual ubat haram itu sekiranya menyedari kehadiran penguat kuasa yang menjalankan operasi di sekitar bandar raya.

“Ia memudahkan penjual ubat berkenaan untuk berpindah ke lokasi lain atau menghentikan operasi mereka seketika pada setiap satu jam bagi mengelakkan kegiatan berkenaan dihidu pihak berkuasa,” katanya di Majlis Dialog Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor bersama pengamal media di Menara MSC Cyberport, semalam.

Tanpa memberikan sebarang statistik, Sha’ari berkata, operasi berterusan berjaya menahan beberapa penjual ubat dan mereka sudah didakwa di mahkamah mengikut Akta Ubat 1956.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihati supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai jaminan mengenai keberkesanan sesuatu produk yang dijual kerana kemungkinan ia dicemari racun dan memudaratkan kesihatan.

“Pengguna seharusnya mengenali ubat yang digunakan dengan memastikan ianya sudah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Sha’ari menggesa media tempatan supaya lebih peka terhadap garis panduan penyiaran mengikut Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 bagi memastikan maklumat mengenai perubatan mahupun produk yang dipaparkan tidak mengelirukan pengguna mahupun palsu.


Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Minum air busuk

MASTURA mengambil air perigi untuk kegunaan harian

Penduduk tiada pilihan bekalan belum disambung

PLENTONG: Meskipun terletak dalam kawasan persekitaran perbandaran yang membangun, kira-kira 50 keluarga penduduk Kampung Sungai Plentong dekat sini masih terus dibelenggu dengan kehidupan yang terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai bagi kegunaan seharian, sejak lebih 30 tahun lalu. Penduduk mendakwa mereka tiada pilihan lain dan perlu menggunakan air perigi untuk memasak, minum, mandi dan membasuh pakaian, meskipun ada ketikanya air berkenaan berbau busuk dan agak masam.

Tinjauan ke kampung itu mendapati setiap rumah penduduk memiliki perigi yang digali sendiri sama ada di bahagian belakang mahupun di hadapan rumah bergantung kepada sumber mata air yang mudah diperoleh. Setiap rumah juga dilengkapi tong plastik untuk menyimpan air setiap kali musim kemarau. Bagaimanapun, bagi penduduk yang berkemampuan, mereka menggunakan pam khas yang dipasang di belakang rumah bagi menyedut air terus dari perigi ke rumah dan melalui cara itu, mereka tidak perlu mengambil air menggunakan timba kerana cara berkenaan menggunakan tenaga yang lebih banyak berbanding air yang dipam. Suri rumah, Mastura Aliatamini, 34, berkata beliau sudah lama menunggu bekalan air paip bersih dibekalkan kepada penduduk Kampung Sungai Plentong sejak mendiami kampung berkenaan 10 tahun lalu.

MURUGAN mengambil air yang dipam daripada perigi di hadapan rumahnya


Katanya, penduduk tidak ada pilihan selain terpaksa mendapatkan air perigi walaupun pada masa tertentu kualiti air itu agak tidak memuaskan serta tidak selamat digunakan. "Hanya air perigi atau sungai di sini saja menjadi sumber air utama kami untuk kegunaan seharian, dan pada musim kemarau pula kami terpaksa mendapatkan bekalan air yang dibawa melalui lori dari Syarikat Air Johor (SAJ) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR). "Kadang-kadang pilu juga rasa hati bila melihatkan orang lain mendapat bekalan air bersih tapi kami di sini masih menggunakan air perigi... tapi apa yang nak buat," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. Penduduk, B Murugan, 45, berharap kerajaan membekalkan segera air paip bersih seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.


Katanya, penduduk sebelum ini dimaklumkan air paip bersih akan dibekalkan pada awal tahun depan oleh pihak wakil rakyat kawasan tetapi maklumat berkenaan masih belum dapat dipastikan sehingga kini. "Kami di sini teringin sangat menikmati bekalan air bersih seperti yang dinikmati oleh penduduk di taman perumahan lain, inilah perkara yang menjadi keperluan utama kami di sini. "Sebelum ini bekalan elektrik yang dijanjikan kerajaan sudah pun kami peroleh dan diucapkan terima kasih, cuma bekalan air paip bersih saja yang masih belum kami terima," katanya. Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya, Tan Cer Puk, berkata, beliau memahami situasi yang dihadapi penduduk berkenaan dan ia adalah antara perkara utama yang akan beliau selesaikan secepat mungkin. Katanya, masalah utama yang dihadapi ialah untuk mendapatkan kebenaran pemilik ladang kelapa sawit bagi membenarkan paip dipasang melalui tanah milik syarikat sebelum air dapat dibekalkan ke kampung itu. "Kampung Sungai Plentong terletak antara ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat dengan Taman Plentong. Kami masih berunding dengan pemilik tanah ladang di sini bagi mendapatkan kebenaran supaya paip dipasang segera. "Dulu kita sudah rundingkan untuk membekalkan elektrik ke kampung itu dan akhirnya berjaya dilaksanakan. Kini hanya menunggu kebenaran untuk pemasangan paip saja yang kami jangka akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya.

Oleh Kalam Hadi

Hadibhnews@bharian.com.my

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Rabu, 16 Disember 2009

Amalina dipantau

KOTA TINGGI: Keluarga pelajar terbaik Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri menafikan prestasi akademik pelajar 17 1A yang kini menuntut di Universiti Edinburgh, United Kingdom itu terjejas walaupun sering diberikan gambaran negatif di Internet.Ahli keluarganya yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, prestasi pelajaran Nur Amalina pada tahap terbaik sehingga pihak universiti menawarkan pelajar yang mendapat tajaan Bank Negara itu membuat satu lagi ijazah dalam bidang Farmokologi dengan Pengalaman Industri (Pharmocology with Industrial Experience).“Nur Amalina melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti berkenaan dan masih meneruskan pengajian dalam bidang itu. Dia (Nur Amalina) berpendapat mampu untuk membuat dua pengajian ijazah sarjana muda serentak pada satu masa.“Lagipun, ia bukan perkara baru untuk seorang pelajar universiti membuat dua pengajian ijazah sarjana muda dalam satu masa,” katanya di sini, semalam.
Kelmarin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa Nur Amalina tidak pernah gagal dalam pengajiannya dan masih menuntut di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan.
Penjelasan itu dibuat selepas Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Baru) membangkitkan isu itu ketika perbahasan.Dakwaan mengenai kegagalan Nur Amalina bukan satu perkara baru selepas pernah didakwa berhenti daripada pengajian di Cheltenham Ladies’ College, United Kingdom ketika sedang melanjutkan pengajian peringkat A-Level di kolej berkenaan pada 2006.Ahli keluarga itu berkata, keluarga Nur Amalina sentiasa memantau prestasi pelajar itu, malah ibunya, Sabariah Hassan kini berada di United Kingdom (UK) sejak sebulan lalu untuk bersama-sama dengannya.
Sumber : Metro
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Dua lelaki bawa budak rompak kedai telefon

JOHOR BAHRU: Dua lelaki tergamak menggadai nyawa seorang budak lelaki apabila membawa bersama kanak-kanak berusia kira-kira 10 tahun itu ketika merompak sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Padi 2 Bandar Baru Uda di sini, malam tadi.Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, sepasang suami isteri pekerja kedai telefon itu sama sekali tidak menyangka niat serong dua pelanggan yang membawa seorang budak lelaki kononnya mahu membeli kad tambah nilai prabayar.Seorang pekerja wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 30-an, berkata mereka baru mahu menutup kedai apabila dua lelaki bersama seorang kanak-kanak itu masuk ke kedai.“Tiba-tiba seorang daripada dua penjenayah itu menggenggam tangan saya dan minta wang sambil mengacukan sepucuk pistol sementara rakannya merampas beberapa telefon yang dipamerkan.
“Lebih mengejutkan, budak lelaki 10 tahun itu disuruh menunggu di luar dan bertindak sebagai pemerhati bagi memaklumkan kehadiran orang awam atau polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, rompakan itu dipercayai dilihat seorang anggota polis berpakaian preman yang kebetulan melalui kawasan itu.Katanya, anggota polis terbabit menjerit dan melepaskan tembakan amaran ke udara mengakibatkan dua penjenayah dianggarkan berusia 20-an serta kanak-kanak itu lari lintang-pukang dan masuk ke dalam sebuah kereta diletakkan di luar kedai.Tan berkata, tiga penjenayah terbabit memecut Honda Civic berwarna perak dan sempat melarikan diri bersama hasil rompakan iaitu kad tambah nilai berharga lebih RM1,000, dua telefon bimbit dan beberapa jam tangan.“Saya sangat terkejut dengan kejadian ini, tetapi bernasib baik kerana terselamat apabila pihak polis sampai segera,” katanya yang membuat laporan berhubung kejadian di balai polis berdekatan lewat malam tadi.

Sumber : Metro /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Hukuman perlu jadi iktibar peragut - Suami mangsa

BATU PAHAT 15 Dis. - Hukuman penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali yang dihadapi oleh penganggur, Mohd. Ariffin Anang selepas menyebabkan kematian Jamilah Selamat perlu dijadikan iktibar oleh peragut lain untuk meninggalkan jenayah itu.

Suami Allahyarham Jamilah, Razali Ahmad, 42 berkata, hukuman itu membuktikan mahkamah memandang serius jenayah tersebut dengan menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah.

''Sama ada hukuman itu setimpal atau tidak, itu keputusan mahkamah tetapi pesalah telah pun dijatuhkan hukuman yang agak berat,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohd. Ariffin, 26, yang menukar pengakuan kepada bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas 16 saksi pendakwaan dipanggil memberikan keterangan.

Lelaki itu sebelum ini dibicarakan atas kesalahan menyebabkan kematian ibu muda kepada dua anak berusia lima dan tujuh tahun itu dalam satu kes ragut di hadapan sebuah rumah di Jalan Kaloi, Taman Ayer Hitam, di sini kira-kira pukul 7.15 malam, 3 Mei lalu.

Dia juga didakwa mencederakan mangsa yang sedang hamil dua bulan ketika merompak barang-barang berharga termasuk sebuah beg warna hitam, sebuah telefon bimbit, sehelai telekung, MyKad, tiga kad bank dan satu kad keahlian pasar raya kepunyaan wanita itu pada masa serta tempat yang sama.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Jamilah, 31, yang merupakan seorang jurujual di kedai kraf tangan di pekan Ayer Hitam koma selama dua hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Hakim Mohd. Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Mohd. Ariffin kerana menyebabkan kematian, manakala penjara 10 tahun serta sebatan 10 kali kerana mencederakan mangsa yang terjatuh daripada motosikal ketika dirompak tertuduh.

Kedua-dua hukuman diperintah berjalan serentak bermula dia ditahan pada 6 Mei lalu.

Razali bersyukur kerana kes tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh tidak sampai setahun.

''Ini membuktikan pihak berkuasa khususnya polis begitu profesional dalam melaksanakan tugas dan siasatan terhadap kes tersebut,'' katanya.

Dia melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada polis terutama Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff kerana memberikan perhatian serius terhadap kes itu sehingga akhirnya tertuduh membuat pengakuan bersalah di mahkamah. /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Adegan terlampau

KUALA LIPIS: Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh, dekat sini, itu dipercayai dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua terbabit.Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata terkejut melihat rakaman itu, ahli keluarga terbabit segera memaklumkan kepada bapa gadis berkenaan.
Menurutnya, bapa mangsa yang tergamam dengan tindakan anak gadisnya selepas menonton rakaman berkenaan segera menyoal anak gadisnya.Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh, dekat sini, kelmarin.Abdul Razak bagaimanapun berkata, polis masih belum memeriksa rakaman berkenaan bagi mengesahkan kesahihan kejadian terbabit, namun siasatan masih diteruskan.“Polis sudah menubuhkan pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk memburu lima suspek terbabit dan pada masa sama masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Isnin, 14 Disember 2009

Mara peruntuk RM230 juta bantu kembang perniagaan Bumiputera

LANGKAWI: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengeluarkan pinjaman lebih RM230 juta kepada 5,227 usahawan Bumiputera seluruh negara bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek, berkata bagaimanapun jumlah itu tidak cukup bagi membiayai keseluruhan permohonan pinjaman yang sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.

"Walaupun Mara terpaksa menghadkan jumlah pembiayaan disebabkan masalah peruntukan, program membantu usahawan Bumiputera tetap diteruskan menerusi pelbagai sumber lain, malah proses kelulusan turut dipercepatkan.

"Antara sumber pembiayaan Mara adalah menerusi kutipan semula pembiayaan yang dikeluarkan kepada usahawan kecil," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Mara (Aura) 2009 di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi Mara, Datuk Idris Jusoh dan Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Mara, Datuk Othman Ahmad.

Hassan berkata, daripada pembiayaan itu, Mara turut mensasarkan melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang mengaplikasi kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) seperti dikehendaki Kementerian Kerjaraya.

"Keputusan kerajaan untuk mewajibkan 70 peratus pembinaan negara menggunakan IBS adalah peluang baru bagi usahawan Bumiputera untuk menceburi perniagaan bersesuaian yang boleh memberi keuntungan berganda.

"Kalau tidak cukup modal untuk memulakan perniagaan berasaskan IBS, datanglah berjumpa Mara, cuma jangan bersikap seperti kacang lupakan kulit dan sentiasa bersikap proaktif untuk membuat bayaran balik pinjaman," katanya.

Berita Harian /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Khamis, 10 Disember 2009

Najib yakin langkah Thailand bantu penduduk Islam

NARATHIWAT 9 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakhiri lawatan tiga hari ke Thailand dengan melahirkan keyakinan terhadap langkah-langkah kerajaan negara itu dalam membantu penduduk Islam di selatan.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan kepada perbincangan beliau dengan Abhisit Vejjajiva, beliau yakin Perdana Menteri Thailand itu mempunyai pendekatan dan dasar yang boleh menjurus kepada keamanan dan kedamaian di wilayah tersebut.

"Saya berharap penduduk Islam memberi peluang kepada usaha yang akan terus dilakukan oleh kerajaan Thailand agar kawasan ini akan dapat menjadi sebuah kawasan yang aman dan lebih tenteram," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan ketika bersama-sama Abhisit melawat Institut Islam Attakiah, di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Saziman Mansor.

Perdana Menteri berkata, penduduk Islam di Thailand perlu terus menjadi pendokong kuat kepada falsafah 'di mana bumi dipijak di situ langit di junjung'.

"Tuan puan perlu menunjukkan taat setia kepada negara, raja dan Perlembagaan Thailand selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Najib berkata, menjadi golongan minoriti di sebuah negara seperti Thailand adalah satu ujian yang sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru umat Islam di wilayah itu menunjukkan contoh terbaik termasuk dari segi akhlak kerana ia adalah perintah Allah. -

UTUSAN /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Rabu, 9 Disember 2009

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Muar, Johor


Kekosongan Jawatan:

1. Penolong Pegawai Penilaian (Gred W36)
2. Penolong Pegawai Senibina (Gred J29)
3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (Gred U29)
4. Juruteknik (Gred J17)
5. Pembantu Penguatkuasa (Gred N17)
6. Pembantu Penilaian (Gred W17)


Cara Memohon:

Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Majlis Perbandaran Muar dengan harga RM1.00 ataua dengan menghantar sampul surat berukuran 10cm x 23cm beralamat sendiri, bersetem 30 sen berserta wang pos bernilai RM1.00.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan sekeping gambar berukuran passport.

Semua Permohonan hendaklah sampai di pejabat:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Muar
Karung Berkunci No.516
84009 Muar
Johor.

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Disember 2009 /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Selasa, 8 Disember 2009

Ragut: Suami maut, isteri parah

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kekejaman jenayah ragut seolah-olah tidak ada penghujungnya dengan mangsanya tidak mengenal usia.

Kurang dua minggu lalu seorang warga emas berusia 66 tahun maut setelah terjatuh daripada motosikal yang dibonceng akibat diragut di Alor Setar.

Hari ini jenayah ragut itu meragut pula nyawa seorang lelaki selain mencederakan isterinya di Jalan Jejaka di sini.

Ketika kejadian pada pukul 3.30 petang ini, mangsa, Abdul Rahman Mohd. Kaladin, 34, serta isterinya yang juga berusia 34, baru keluar daripada pusat beli-belah Jaya Jusco Taman Maluri di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai telah dihimpit dua lelaki.

"Kedua-dua suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z telah menghimpit kenderaan mangsa untuk meragut sebelum pasangan itu hilang kawalan dan memasuki Jalan Perkasa 1.

"Namun semasa membelok masuk ke jalan itu, motosikal mangsa telah merempuh pagar simen sebuah rumah sebelum tercampak ke tepi jalan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Penjenayah terbabit dikatakan sempat melarikan seutas rantai leher milik isteri mangsa.

Tambahnya, ketika kejadian terdapat seorang saksi cuba mengejar suspek, namun kedua-dua penjenayah itu sempat melarikan diri ke arah Jalan Perkasa 1.

Ekoran rempuhan itu Ahmad Amir memberitahu, mangsa yang tinggal di Kampung Pandan mati di tempat kejadian manakala isterinya cedera parah.

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
jenayah@utusan.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Isnin, 7 Disember 2009

Dua pelajar maut, dua parah

KOTA BHARU 6 Dis. - Dua sahabat maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta yang hilang kawalan terjunam dari aras atas tempat letak kenderaan sebelum terhempas di dalam pusat beli-belah KB Mall, di sini hari ini.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang ini ialah Siti Nur Amira Shamsuddin, 19, dan rakannya Siti Nordiana Azman, 18, yang berasal dari negeri ini.

Seorang lagi rakan mereka Rashidah Ahmad Latfi, 18, dari Besut mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Kesemua mangsa yang dipercayai ditimpa serpihan runtuhan semasa di eskalator tingkat dua bangunan itu, merupakan penuntut di sebuah kolej kejururawatan berhampiran pusat beli-belah itu.

Turut parah ialah pemandu kereta berkenaan, Norain Said, 19.

Kejadian itu menggemparkan beratus-ratus pengunjung dan pekerja di pusat beli-belah tersebut dengan kebanyakan daripada mereka bertempiaran lari dalam keadaan kelam kabut.

Keadaan itu menyebabkan bunyi dentuman yang kuat, seolah-olah bumbung bangunan tersebut sedang runtuh sejurus kereta berkenaan terjatuh dari ketinggian dianggarkan 50 meter bersama ketulan batu dan serpihan kaca bertaburan.

Pihak pengurusan kemudiannya bertindak mengarahkan kesemua mereka yang berada di dalam premis itu supaya keluar dan menutup pusat beli-belah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kereta itu dipercayai hilang kawalan semasa berada di kawasan letak kereta tidak berbumbung di atas bangunan itu.

"Sebelum kejadian, kereta itu dinaiki oleh tiga orang iaitu dua perempuan dan seorang lelaki tetapi tiba-tiba mengalami kerosakan," ujarnya.

Katanya, lelaki itu yang dikenali sebagai Sabri kemudian menolak kereta itu yang dikawal oleh Nurain, 19, di dalam kereta manakala adiknya, Nurul Atikah, 17, pula hanya memerhati dari luar.

Menurut beliau, bagaimanapun enjin kereta itu dikatakan berfungsi tiba-tiba serta meluncur laju lalu merempuh dinding yang menempatkan sistem pengudaraan bangunan berbumbung dan terjunam.

Tambahnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Jabatan Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu.

Sementara itu, seorang pengunjung pusat beli-belah berkenaan, Ismail Mamat, 50, memberitahu, dia tergamam mendengar dentuman yang kuat disusuli dengan gegaran.

"Saya begitu takut lalu berlari keluar daripada bangunan itu. Saya diberitahu kemudiannya ada kereta terjatuh dari tingkat atas dan syukur saya selamat," ujarnya.

Hazura Ariffin, 25, yang bekerja di medan selera kompleks tersebut, berkata, dia dan rakan-rakan yang lain terkejut apabila tiba-tiba mendengar dentuman yang kuat dari tingkat atas.

Katanya, pengunjung mula panik dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana menyangka bangunan itu akan runtuh.

"Apabila saya keluar dari medan selera, saya nampak kesan runtuhan, bila dongak ke atas nampak sebuah lubang besar dan di tingkat bawah ternampak sebuah kereta yang terjatuh," katanya.


Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusankelantan@utusan.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Jumaat, 4 Disember 2009

Tarif Air, Elektrik Dikaji

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kerajaan akan terus mengkaji tarif utiliti termasuk elektrik untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan memelihara kepentingan rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ketika ini kerajaan masih meneliti kadar itu dan kajian berkenaan dijangka memberi faedah kepada semua.

“Secara amnya, memang kerajaan sedang memantau keseluruhan tarif utiliti supaya harga yang ditawarkan setanding dengan negara-negara lain di rantau ini.

‘‘Apabila ramai memperkatakan mengenai persaingan di Malaysia, masalah bekalan utiliti, harganya yang mahal sering dibangkitkan dan kerajaan sedang menelitinya,’’ kata beliau.

Ahmad Husni berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pasaran Modal Malaysia Ke-14 anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Husni menambah, apa yang menjadi keutamaan kerajaan sekarang adalah memastikan negara terus berdaya saing dan kekal sebagai destinasi pilihan pelaburan.

‘‘Bukan sahaja daripada aspek utiliti tetapi juga permit, kelulusan, jenayah, kemahiran pekerja dan sebagainya, ia membabitkan dari A ke Z,’’ jelas beliau lagi.

Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung beban subsidi lebih besar sekiranya tarif elektrik diturunkan, beliau berkata, kerajaan masih melihatnya daripada semua aspek.

Beliau tidak menafikan kerajaan menanggung subsidi yang besar, ia menjadi punca kenapa mekanisme baru subsidi petrol akan diperkenalkan Mei ini.

Sementara itu, beliau enggan mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kerajaan akan menurunkan tarif bekalan elektrik dari Empangan Bakun kepada 0.32 sen daripada 0.38 sen.

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
pengarang@utusan.com.my /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Khamis, 3 Disember 2009

Tertakluk Kemampuan Kewangan

NAJIB Tun Razak bertanya sesuatu mengenai model helikopter Eurocopter kepada Naib Presiden Korporat EADS International Development Asia Pacific and Latin America, Christian Duhain (dua, kanan) ketika melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 (LIMA'09) di Langkawi, semalam. Turut sama Naib Presiden Eksekutif Kanan Eurocopter, Philippe Harache (kanan). – BERNAMA

LANGKAWI 2 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melihat kemampuan kewangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli aset baru bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara termasuk helikopter bagi menggantikan perkhidmatan Nuri.

Menurutnya, kerajaan menerima senarai yang panjang dari Kementerian Pertahanan bagi membeli pelbagai peralatan ketenteraan untuk ketiga-tiga cabang perkhidmatannya termasuk kenderaan baru dan generasi kedua kapal peronda.

Namun katanya, kerajaan akan terus melihat pembelian aset baru itu selaras dengan pembangunan seimbang antara sektor pertahanan dan sosioekonomi.

“Kita akan lakukan apa yang boleh kerana kita percaya pembangunan progresif terhadap keupayaan pertahanan adalah penting untuk pembangunan negara dan kita tidak boleh membiarkan kemampuan pertahanan negara terhakis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan kontrak perbekalan kerajaan dengan syarikat-syarikat dalam industri pertahanan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Mengenai pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri, katanya, ia adalah helikopter tempur dan menyelamat yang terbaik di dalam kelasnya.

“Tidak ada keraguan bagi Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhadap pesawat tersebut dan kerajaan juga berpuas hati dengan rancangan pembelian tersebut,” ujarnya.

Malah katanya, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga telah memperakukan tentang proses pembelian helikopter itu yang tidak boleh dipersoalkan integritinya.

Cuma faktor kemampuan kewangan kerajaan pada masa ini katanya, yang menyebabkan keputusan itu belum dapat dibuat.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap semua pihak tidak terpengaruh dengan kontroversi pembelian helikopter tersebut sebelum ini yang sengaja dimainkan oleh parti pembangkang untuk kepentingan politik mereka.

Pada September tahun lalu, Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk mendapatkan 12 helikopter Eurocopter EC 725 bernilai RM1.6 bilion bagi menggantikan Nuri.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya menangguhkan pembelian selepas pemilihan EC 725 menimbulkan kontroversi disebabkan dakwaan oleh pembangkang dan para pembida lain bahawa Kementerian Pertahanan tidak membuat pemilihan secara telus.

Mengenai keutamaan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara, Najib berkata, ia bergantung terhadap kemampuan kerajaan kerana senarai pembelian daripada Kementerian Pertahanan terlalu banyak selain program vendor yang perlu diberi perhatian.

Menurut Perdana Menteri, terdapat kira-kira 2,000 syarikat yang terlibat dalam program vendor pembinaan kapal peronda dan mereka memerlukan kerja-kerja tambahan untuk meneruskan kelangsungan.

Oleh NIZAM HAMID dan MOHAMAD SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
Akhbar utusan Malaysia /* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}

Selasa, 1 Disember 2009

Kempen Kibar Jalur Gemilang Komuniti Bestari Mukim Bandar 1

Pada 19 Ogos 2009 yang lalu, telah diadakan Majlis Kibar Jalur Gemilang 2009 Komuniti Bestari Mukim Bandar 1 bersama JKKK Mukim Bandar bertempat di Perkarangan Anjung Bestari atau balai raya Kampung Parit Keroma.



Inilah majlisnya




Program ini merupakan aktiviti tahunan bai setiap Komuniti Bestari pada setiap tahun yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik kepada semua golongan masyarakat.



Tetamu Jemputan


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Patriotik untuk menyemarakkan semangat cintakan negara





Kaum wanita juga tidak ketinggalan menghadiri majlis ini



Ucapan alu-aluan oleh Encik Muzamel Bin Sharif, Pengerusi Komuniti Bestari Bandar 1 merangkap penghulu Mukim Bandar



Ceramah oleh Encik Mohamed Noordeen Bin Mukri, Pegawai PeneranganDaerah Muar




Tekun mendengar ceramah dari Pegawai Penerangan Daerah Muar




Ucapan perasmian oleh Encik Mohd. Nazrol Bin Abd. Rahim, Wakil Rasmi, Pegawai Daerah Muar



Sebagai kenang-kenangan untuk dibawa pulang


Cenderahati kepada Yang Bhg. Datuk Mohd. Ismail Bin Mohd. Shah, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Johor


Setelah selesai pengisian majlis, bererti jamuan pula kepada para jemputan dan Majlis bersurai.

Terima kasih kepada semua pihak yang sudi datang, yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada malam, ini. Seperti biasa tugas aku pada majlis ini menjadi juruacara sekaligus menyelaras aktiviti Komuniti Betari dibawah seliaan aku.

/* CSS Social Media */ #sosmed{margin:20px 0;padding-top:15px;} .nengah{text-align:center!important} .smGlobalBtn{display:inline-block;position:relative;width:40px;height:40px;padding:0px;text-align:center;color:#fff!important;font-size:20px;font-weight:normal;line-height:2em;border-radius:25px;-moz-border-radius:25px;-webkit-border-radius:25px} .facebookBtn{background:#3b5998;opacity:0.4} .facebookBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09a"} .facebookBtn:hover,.twitterBtn:hover,.googleplusBtn:hover,.linkedinBtn:hover,.pinterestBtn:hover,.rssBtn:hover{color:#fff;opacity:1} .twitterBtn{background:#00ABE3;opacity:0.4} .twitterBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f099"} .googleplusBtn{background:#e13138;opacity:0.4} .googleplusBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d5"} .linkedinBtn{background:#0094BC;opacity:0.4} .linkedinBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0e1"} .pinterestBtn{background:#26ae91;opacity:0.4} .pinterestBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f0d2"} .rssBtn{background:#fb5a03;opacity:0.4} .rssBtn:before{font-family:"FontAwesome";content:"\f09e"}